Bajet 2022, Strategi Membangun Sebuah Keluarga Malaysia

Bajet 2022, Strategi Membangun Sebuah Keluarga Malaysia

Bajet 2022, mengariskan beberapa strategi, dan antara daripadanya adalah Membangun Sebuah Keluarga Malaysia. Berikut adalah inisiatif yang terkandung dalam strategi berkenaan ;
 
Inisiatif 1:
Pembangunan Bumiputera dan Syiar Islam. Bajet 2022 memastikan agenda pemerkasaan Bumiputera terus diberi keutamaan dalam usaha untuk merapatkan jurang antara kaum di negara ini. Untuk itu, sejumlah 11.4 bilion ringgit disediakan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah payung pembangunan Bumiputera.

  • Daripada jumlah tersebut, 6.6 bilion ringgit disediakan bagi kemudahan pendidikan buat anak-anak Bumiputera antaranya di bawah MARA, UiTM dan Yayasan Peneraju. Peruntukan ini disediakan untuk pinjaman pendidikan, menaik taraf program sijil ke diploma, selain usaha melahirkan profesional dalam kalangan Bumiputera di bidang perubatan, kejuruteraan dan kewangan.
  • Manakala, sebanyak 4.8 bilion ringgit pula adalah untuk melaksanakan pelbagai program peningkatan kapasiti dan pembiayaan perniagaan di bawah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, TEKUN Nasional dan Dana Kemakmuran Bumiputera. SALINAN AWAM ms 25 dpd 83
  • Sebagai usaha meningkatkan penglibatan syarikat anchor dalam membangunkan vendor Bumiputera tempatan, potongan cukai dua kali bagi perbelanjaan operasi yang layak dinaikkan daripada sehingga 300 ribu kepada sehingga 500 ribu ringgit dan dilanjutkan bagi tempoh 5 tahun sehingga 31 Disember 2025.
  • Akhir sekali, bagi menggalakkan penyertaan belia Bumiputera dalam melaksanakan projek-projek berskala kecil perolehan Kerajaan, sebanyak 200 juta ringgit akan disediakan. Sebagai tambahan, Kerajaan melalui CIDB akan mewujudkan accelerator programme khusus kepada kontraktor belia G1 hingga G4 melalui kursus peningkatan kapasiti dan on-the-job training dengan peruntukan 10 juta ringgit. Datuk Yang di-Pertua,
  • Aspek pengimarahan syiar Islam juga menjadi tumpuan dalam Bajet 2022. Secara keseluruhan, Kerajaan memperuntukkan 1.5 bilion ringgit bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.
  • Di bawah payung pendidikan Islam, Kerajaan akan melaksana inisiatif berikut: Pertama: Membina sebuah Sekolah Menengah Agama di Wilayah Persekutuan Labuan dengan kos keseluruhan projek berjumlah 65 juta ringgit; SALINAN AWAM ms 26 dpd 83 Kedua: Meluaskan skop pengajaran Takmir di bawah JAKIM kepada agensi-agensi Kerajaan seperti Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan menambah 1,000 orang Guru Takmir; dan Ketiga: Menyalurkan pemberian khas sekali bayar sebanyak 500 ringgit untuk manfaat 70 ribu orang Imam, Bilal, Siak, Noja, Marbut, Guru Takmir dan Guru KAFA.
  • Kerajaan akan terus memperkasa wakaf sebagai instrumen agihan semula kekayaan bagi pembangunan ekonomi ummah. Bagi melahirkan lebih ramai usahawan tani dan pengusaha industri halal serta membantu mereka sekiranya ditimpa bencana, Kerajaan akan menyalurkan dana permulaan sebanyak 10 juta ringgit bagi memulakan inisiatif Wakaf Halal PKS, Wakaf Pertanian dan Wakaf Bencana. Syarikat-syarikat Korporat dan individu dialu-alukan untuk mewakafkan harta mereka ke dalam tabung ini. Inisiatif 2: Pembangunan Semua Kaum Datuk Yang di-Pertua,
  • Selain daripada program-program nasional untuk manfaat semua, sebanyak 200 juta ringgit turut disediakan khusus untuk kaum Cina. Peruntukan ini antaranya untuk melaksanakan program baik pulih rumah dan kemajuan kampung baru, akses pembiayaan bagi penduduk kampung baru dan Skim Pembiayaan Usahawan PKS. SALINAN AWAM ms 27 dpd 83, 
  • Bagi kaum India pula, sebanyak 145 juta ringgit disediakan antaranya untuk melaksanakan program memperkasa sosioekonomi komuniti India di bawah Unit Transformasi Masyarakat India dan dana pembiayaan di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India oleh TEKUN.
  • Dalam menggalakkan anak-anak Sabah dan Sarawak mendalami ilmu berkaitan budaya dan warisan, sebanyak 10 juta ringgit disediakan untuk tujuan ini.
Bajet 2022, Strategi Membangun Sebuah Keluarga Malaysia 


  • Kepada komuniti Orang Asli pula, sebanyak 274 juta ringgit diperuntukkan, antaranya bagi melaksanakan Program Peningkatan Taraf Hidup Orang Asli seperti pemberian subsidi dan bantuan persekolahan serta bantuan kebajikan untuk manfaat hampir 200 ribu Orang Asli. Untuk tahun hadapan, Kerajaan akan menaikkan kadar wang saku murid sekolah menengah kepada 4 ringgit sehari.
  • Bagi mendokong agenda perpaduan dan budaya sukarela di peringkat komuniti, Kerajaan menyediakan geran 6,000 ringgit untuk setiap Kawasan Rukun Tetangga (atau KRT). Lebih 8,000 KRT akan menerima manfaat daripada geran ini dengan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit.
  • Kerajaan juga memperuntukkan 50 juta ringgit bagi kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah ibadat di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Peruntukan ini turut merangkumi pelaksanaan aktiviti-aktiviti komuniti dengan kerjasama pengurusan rumah ibadat dan penduduk setempat. SALINAN AWAM ms 28 dpd 83 Inisiatif 3: Pembangunan Wanita Datuk Yang di-Pertua,
  • Bila kita sebut perihal seorang yang bernama wanita, merekalah insan yang begitu istimewa dan patut dihargai sebagai pasangan kita dunia akhirat. Kaum wanita, jika diberi peluang dan ruang, boleh menjadi daya penggerak utama produktiviti dan ekonomi negara. Kita seharusnya memastikan kaum wanita dapat memenuhi potensi mereka dalam menyumbang kepada kesejahteraan kita bersama.
  • Sumbangan wanita dalam ekonomi tidak pernah dinafikan malah perlu diperkukuh. Buat masa ini, golongan wanita memegang 25 peratus daripada komposisi ahli lembaga pengarah bagi 100 syarikat awam utama. Namun, masih terdapat 27 peratus atau 252 syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang belum mempunyai komposisi pengarah wanita. Bagi mengiktiraf peranan wanita dalam proses membuat keputusan dan memperkukuh kepimpinan serta keberkesanan lembaga pengarah, Kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti akan mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam. Cadangan ini dijangka berkuat kuasa pada 1 September 2022 bagi syarikat bermodal besar dan 1 Jun 2023 bagi syarikat tersenarai lain.
  • Selain itu, Kerajaan juga menyediakan 5 juta ringgit kepada Yayasan Kepimpinan Wanita bagi merancakkan penyertaan wanita dalam sektor ekonomi melalui antaranya latihan kepimpinan muda dan program keusahawanan. SALINAN AWAM ms 29 dpd 83,
  • Bagi membantu usahawan wanita yang turut terkesan akibat COVID-19 serta sebagai langkah meningkatkan kapasiti perniagaan mereka, sejumlah 230 juta ringgit dana pembiayaan akan disediakan antaranya melalui Program DANANITA di bawah MARA dan TEKUNITA di bawah TEKUN.
  • Kerajaan juga akan melaksanakan Program MyKasih Kapital untuk menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah. Insentif dalam bentuk bantuan asas modal perniagaan akan diberikan di samping program bimbingan bagi menggalakkan perniagaan secara dalam talian. 5,000 peserta termasuk 2,000 ibu tunggal akan meraih manfaat daripada program ini.
  • Bagi menambah baik sistem sokongan sedia ada buat kaum ibu berkerjaya, 30 juta ringgit disediakan untuk menyediakan kemudahan taska di bangunan-bangunan Kerajaan, terutamanya di hospital dan universiti awam. Kerajaan juga menggalakkan majikan sektor swasta untuk pengaturan kerja fleksibel serta menyediakan kemudahan taska di pejabat. Untuk itu, selain insentif cukai, Kerajaan turut akan meminda garis panduan bagi membenarkan taska beroperasi di aras melebihi tingkat 1 pejabat.
  • Sebagai mengiktiraf wanita berkerjaya yang menguruskan anak-anak mereka ketika waktu bekerja, Kerajaan bercadang untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga 3 ribu ringgit bagi bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2023.
  • Kita harus akui pada tangan suri kita, tersemat keringat yang menghayun buaian, yang memupuk dan sama menyumbang kepada kehidupan. Namun, kadangkala ada pula tangan-tangan lain yang tidak mengerti perjuangan seorang SALINAN AWAM ms 30 dpd 83 ibu, isteri, dan puteri sehingga tergamak berkelakuan tidak manusiawi. Ini tidak sepatutnya berlaku.
  • Oleh itu, dalam perjuangan menoktahkan kerakusan ini, Kerajaan bersedia untuk memperuntukkan 13 juta ringgit khas untuk memperkasa Bahagian D11 Polis Diraja Malaysia bagi Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak, termasuk pewujudan 100 perjawatan baharu. Di samping itu, program kesedaran komuniti berhubung keganasan terhadap wanita di seluruh negara melalui Skuad WAJA akan dilaksanakan.
  • Selain itu, bagi melindungi kebajikan lebih ramai mangsa keganasan rumah tangga, Kerajaan juga akan menambah Pusat Sokongan Sosial Setempat serta bekerjasama dengan NGO untuk meningkatkan bilangan Rumah Perlindungan Khas Wanita.
  • Aspek kesihatan dan kebersihan diri remaja wanita amat penting dalam mengurangkan sebarang risiko kesihatan dan keciciran di sekolah. Timbalan saya, YB Paya Besar dalam sebuah sesi libat urus telah mengenal pasti satu isu serius. Dianggarkan 130 ribu remaja wanita dari keluarga B40 di Malaysia tidak mendapat akses kepada produk kebersihan seperti tuala wanita atas sebab kekangan kewangan. Oleh itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia akan mengedarkan secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130 ribu remaja wanita golongan B40. Di samping itu, kempen dan pendidikan kesihatan reproduktif juga akan terus dijalankan di sekolah-sekolah dengan kerjasama pihak NGO. SALINAN AWAM ms 31 dpd 83, 
  • Selanjutnya, berhubung segmen kesihatan wanita juga, sejumlah lebih 11 juta ringgit disediakan sebagai subsidi ujian mammogram kepada wanita berisiko tinggi dan melaksanakan ujian saringan kanser serviks kepada wanita. Inisiatif 4: Pembangunan Komuniti Tumpuan Datuk Yang di-Pertua, 
  • Kerajaan ini akan terus giat melaksanakan program-program pembangunan sosioekonomi dan memelihara kebajikan komuniti tumpuan, terutamanya melibatkan warga emas, kanak-kanak, OKU dan lain-lain.
  • Menjelang tahun 2030, Malaysia bakal dikategorikan sebagai negara menua. Bagi memastikan setiap warga emas yang memerlukan mendapat sokongan berterusan, Bajet ini menyediakan lebih 635 juta ringgit khusus untuk bantuan kebajikan, institusi penjagaan dan pusat aktiviti warga emas.
  • Aspek keselamatan kanak-kanak adalah penting lebih-lebih lagi ketika kita sedang berada di jalan raya untuk menuju ke suatu destinasi. Bagi memastikan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kereta, Kerajaan akan mensubsidi 50 peratus atau sehingga 150 ringgit untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak oleh keluarga B40. Sejumlah 30 juta ringgit disediakan untuk tujuan ini dan bakal memanfaatkan 188 ribu keluarga B40. SALINAN AWAM ms 32 dpd 83
  • Selanjutnya, aspek kesihatan kanak-kanak juga perlu dititikberatkan. Masalah kurang zat terutamanya dalam kalangan kanak-kanak miskin bandar sangat membimbangkan. Bagi tahun hadapan, Kerajaan menyediakan 24 juta ringgit bagi: Pertama: Meluaskan Program Community Feeding kepada kanakkanak daripada keluarga miskin bandar di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan sasaran untuk menyediakan makanan tambahan lima kali seminggu kepada 100 kanak-kanak berusia 1 hingga 6 tahun; Kedua: Meluaskan skop penerima bantuan Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan bagi manfaat lebih 1,100 kanak-kanak; dan Ketiga: Menubuhkan Bank Susu Ibu untuk bayi pramatang di Neonatal Care Unit melibatkan hospital di Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Datuk Yang di-Pertua,
  • Kebajikan golongan OKU tidak pernah dilupakan. Bagi tahun hadapan, Kerajaan menyediakan peruntukan khusus 30 juta ringgit bagi menaik taraf infrastruktur bangunan Kerajaan supaya mesra OKU. Peruntukan ini antaranya untuk menyediakan lebih banyak laluan khas bagi kegunaan golongan cacat penglihatan. SALINAN AWAM ms 33 dpd 83
  • Selain itu, 10 juta ringgit juga diperuntukkan untuk Pusat Latihan Berdikari serta sebuah Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Kerajaan bagi melaksanakan program latihan dan bimbingan ajar kepada golongan OKU. 
  • Bagi memastikan tempat buat anak muda OKU menceburi bidang pekerjaan, Kerajaan akan menyediakan kuota khas sebanyak 1 peratus untuk program MyStep kepada golongan OKU.
  • Mungkin tidak ramai yang mengenali gerangan Puan Tan Lee Bee, Khairunnisa Kho Abdullah, Wan Zuraidah Abu dan Goh Soo Leng. Merekalah sebenarnya yang berjasa sebagai jurubahasa isyarat yang sering kita lihat di sudut kaca televisyen. Bagi meningkatkan akses terhadap media di samping membolehkan golongan OKU cakna dengan berita semasa dan informasi terkini, dengan bantuan BERNAMA, semua rangkaian TV termasuk saluran swasta akan menyediakan jurubahasa isyarat dalam penyampaian berita mereka.
  • Bagi tahun hadapan, Kerajaan bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran Lesen Kenderaan Motor kepada semua kenderaan persendirian yang dimiliki oleh OKU. Harapnya, ini sedikit sebanyak meringankan kos sara hidup golongan OKU.
  • Program Pemulihan Dalam Komuniti merupakan antara medium intervensi awal untuk anak-anak kurang upaya meningkatkan kemahiran diri dan menceburi pekerjaan. Setakat ini, USM merupakan universiti pertama yang melaksanakan program ini. Tahun hadapan, Kerajaan bercadang untuk meluas pelaksanaannya ke universiti-universiti awam lain. SALINAN AWAM ms 34 dpd 83 Inisiatif 5: Pembangunan Belia dan Sukan Datuk Yang di-Pertua,
  • Pemuda-pemudi belia negara ialah penentu pada jatuh bangunnya negara ini. Pendedahan kepada alam pekerjaan amat penting untuk mereka berhadapan dengan dunia sebenar yang kian mencabar. Sejak 2019, Kerajaan telah mula membayar elaun sebanyak 900 ringgit kepada pelajar yang menjalani program latihan industri. Oleh itu, saya menyeru agar pihak swasta turut memberi elaun sekurang-kurangnya 900 ringgit atas khidmat pelajar tersebut.
  • Selain itu, Kerajaan akan menyediakan insentif kepada majikan yang menggaji perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun sebanyak 900 ringgit sebulan bagi tempoh enam bulan; iaitu meningkat berbanding 800 ringgit sebelum ini.
  • Bagi belia yang menceburi bidang keusahawanan pula, pelan pembiayaan sebanyak 150 juta akan disediakan di bawah Bank Simpanan Nasional dan Agrobank.
  • Kerajaan bercadang untuk melanjutkan galakan cukai bagi Program Latihan Industri Berstruktur sehingga tahun taksiran 2025 dan turut diperluas kepada pelajar di peringkat Ijazah Sarjana, Sijil Profesional serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dan 2. SALINAN AWAM ms 35 dpd 83,
  • Bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan, Kerajaan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. E-Start akan mengkreditkan 150 ringgit secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi. Dengan peruntukan 300 juta ringgit, Kerajaan berharap lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.
  • Lagu Negaraku, yang berkumandang di bumi Tokyo menandakan kejayaan atlet kita merangkul pingat emas di Kejohanan Paralimpik Tokyo. Tahniah diucapkan khususnya kepada Bonnie Bunyau Gustin, Cheah Liek Hou dan Abdul Latif Romly serta seluruh kontinjen negara atas pencapaian membanggakan ini. Menjelang Paralimpik Paris 2024, kejayaan yang lebih besar pastinya menjadi sasaran. Bagi memperkasa Sukan OKU, 10 juta ringgit diperuntukkan kepada Majlis Sukan Negara khusus untuk meningkatkan program latihan atlet OKU dan melaksanakan Liga Sukan OKU.
  • Dalam konteks yang lebih luas, Bajet ini turut menyediakan 159 juta ringgit bagi membina, menaik taraf dan menyelenggara kemudahan sukan di seluruh negara. Peruntukan ini antaranya untuk memulakan pembinaan sebuah stadium di Bukit Merbau, Pasir Putih, Kelantan merangkumi pelbagai fasiliti sukan seperti gelanggang hoki, lapang sasar menembak dan pusat akuatik. SALINAN AWAM ms 36 dpd 83,
  • Bagi memastikan rakyat kembali aktif selaras pemulihan pasca-COVID 19, Kerajaan akan memperuntukkan 50 juta ringgit bagi melaksanakan program seperti pembudayaan gaya hidup aktif, Fit Forever dan Penganjuran Hari Sukan Negara.
  • E-Sukan kini sudah menjadi fenomena baharu dalam kalangan anak muda dan dilihat mempunyai prospek terbaik pembangunan sukan negara. Bagi merancakkan pertumbuhan e-Sukan, 20 juta ringgit disediakan bagi pembangunan e-Sukan kebangsaan termasuk 5 juta ringgit untuk mewujudkan Pusat Kecemerlangan Sukan Dron.
  • Saya amat gembira apabila membaca berita bahawa terdapat atlet e-Sukan anak tempatan yang berjaya meraih pencapaian cemerlang di kejohanan antarabangsa di Romania baru-baru ini. Kejayaan seperti ini adalah bukti bahawa negara kita mempunyai bakat-bakat muda yang perlu disokong dan digilap. Bagi mengiktiraf pencapaian atlet e-Sukan kelahiran Malaysia yang telah mengharumkan nama negara seperti NothingToSay, xNova, Mushi dan Oli, Kerajaan bercadang untuk memberikan pengecualian cukai pendapatan ke atas wang hadiah kemenangan kejohanan e-sukan yang layak.
  • Industri sukan juga terjejas akibat pandemik COVID-19. Larangan aktiviti sukan tertentu telah menyebabkan banyak pengusaha fasiliti sukan berdepan cabaran untuk memulakan semula perniagaan mereka setelah ekonomi kembali dibuka. Untuk meringankan keperluan kewangan pengusaha, Bank Simpanan Nasional akan menyediakan dana pembiayaan sehingga 50 juta ringgit dengan kadar faedah 0 peratus untuk enam bulan pertama dan moratorium untuk enam bulan. Sumber : MOF

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Mengikuti Pendidikan Sesat