Kuala Lumpur: Polis Diraja
Malaysia melarang sebarang aktiviti berbasikal di lebuh raya tanpa kebenaran
pihaknya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Pengarah Jabatan Siasatan dan
Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata,
penunggang basikal yang melanggar undang-undang boleh dikenakan tindakan
mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
"Tindakan akan diambil
mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara
melulu yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara
sehingga 12 bulan.
Berbasikal Di Lebuh Raya Dikenakan Kompaun, Penjara. Sumber : mymetro |
Justeru daripada itu dan dalam masa yang sama, berbasikal di lebuh raya adalah satu tindakan yang kurang bijak dan mengundang kepada risiko yang tinggi. Berikut adalah beberapa keburukan apabila berbasikal di lebuh raya, antaranya adalah:
- Mengundang risiko kemalangan yang tinggi, akibat dilanggar oleh kenderaan yang lain seperti kereta, lori dan motosikal
- Menghalang pemandangan pemandu lain kerana saiz kenderaan basikal jauh lebih kecil berbanding kenderaan lain
- Kepantasan atau kelajuan basikal untuk mengelak adalah sangat lambat jika sesebuah kenderaan merempuh tanpa di duga
- Pemakaian keselamatan semasa berbasikal adalah jauh, berbanding kenderaan lain. Ini kerana basikal apabila terlanggar atau dilanggar, risiko kecederaaan lagi tinggi
- Lebuh raya atau jalan - jalan raya adalah laluan kenderaan pacuan empat roda dan posibiliti pemandu akan memandu pada kelajuan yang maksimum atau minimum pada had yang ditetapkan, jika perlanggaran berlaku peratusan untuk mengelak adalah diluar jangkaa
0 Comments