Belajar adalah merupakan salah satu perbuatan untuk mengetahui atau mempelajari sesuatu perkara samaada perkara berkenaan adalah perkara baharu atau lama. Belajar boleh dilakukan dengan mencari guru, belajar secara sendirian atau mendapatkan tunjuk ajar daripada seseorang.
Setiap individu lazimnya mempunyai cara yang tersendiri untuk belajar, samada secara berkumpulan atau bersendirian. Ketangkasan dan kebijaksanaan seseorang untuk belajar dan seterusnya menerima ilmu adalah bergantung kepada keupayaan serta kecerdasan taakulan akal fikiran.
Cara belajar berkesan juga adalah didorong oleh pengaturan masa yang sangat baik dan tersusun. Masa amat kritikal dalam
pembelajaran berkesan, oleh itu masa perlu di dirancang dan di atur dengan baik. Pembuatan jadual waktu harian dan membekalkan beberapa jam
mengikut kemampuan adalah perlu untuk belajar dan mentelaah pelajaran. Dengan berbuat
demikian, ia boleh memberikan anda keputusan yang lebih dalam pembelajaran.
|
Cara Belajar Yang Berkesan |
Terdapat banyak cara untuk belajar secara berkesan yang boleh di aplikasi atau menjadi panduan dalam mendapatkan ilmu khususnya pendidikan formal, antaranya adalah seperti berikut;
- Kenali kunci perkataan dalam perkara yang dipelajari
Dalam mempelajarisesuatu perkara semasa di sekolah atau dimana sahaja menerusi pendidikan secara formal, untuk lebih berkesan haruslah kenali kunci perkataan dalam perkara tersebut.
- Memahami sesuatu perkara dengan mudah
Lakukan konsep memahami berbanding menghafal tentang sesuatu perkara yang dipelajari. Memahami, lazimnya akan merangkumi keseluruhan sesuatu perkara berkenaan. Konsep memahami adalah lebih mudah berbanding menghafal keseluruhan perkara.
Latih tubih adalah salah satu cara n=belajar yang berkesan, khususnya kepada perkara yang melibatkan pengiraan atau praktikal. Perkara yang sama dan di ulang - ulang dilakukan memberi kesan yang positif dan kepakaran dalam perkara berkenaan. Dalam masa sama, latih tubih juga meningkatkan kualiti daya ingatan yang tinggi.
Perbincangan juga merupakan salah satu cara belajar yang berkesan dan memberi impak yang positif serta ketangkatan penerimaan ilmu pengetahuan. Konsep atau cara perbincangan dengan melontarkan ungkapan kata - kata secara berkali - kali kepada rakan seperbincangan, mampu mendorong kepada keberkesanan pembelajaran.
Sekiranya anda mengalami masalah
untuk mengulangkaji pelajaran ataupun menghafal fakta-fakta, ia mungkin
berpunca daripada pengamalan kaedah belajar yang salah
Perlu tahu, bahawa merangsang
kesemua deria dalam pembelajaran, dimana kajian menunjukkan bahawa daya ingatan adalah seperti tertera berikut:
- Kita mengingati hampir 10% apa yang dibaca
- Kita mengingati hampir 20% apa yang didengar
- Kita mengingati hampir 50% apa yang didengar dan
dilihat
- Kita mengingati hampir 70% apa yang dicakapkan
- Kita mengingati hampir 90% setelah dipraktikkan
Lanjutan daripada itu juga, terdapat dua jenis sumber pendidikan atau ilmu pengetahuan yang diperoelehi dalam mengecapi pembelajaran yang berkesan, antaranya adalah seperti berikut;
Jenis - jenis pendidikan formal
- Universiti
- Sekolah
- Madrasah
- Taska/ tadika
Jenis - jenis pendidikan tidak formal
- Media sosial elektronik (youtube, facebook, instagram, google, televisyen, radio)
- Media sosial cetak (surat khabar, majalah, bunting, banner)
0 Comments