Doa Awal Pagi Pembuka Rezeki

Doa Awal Pagi Pembuka Rezeki

Doa awal pagi pembuka rezeki haruslah diamalkan demi mendapat rezeki yang berkat dan mudah daripada Allah SWT. Doa yang di baca dengan penuh niat yang ikhlas serta khusyuk mampu membuahkan hasil tanpa diduga. 

Berdoa di awal pagi adalah salah satu perbuatan yang mulia, kerana mendahulukan sang pencipta iaitu Allah SWT dengan memohon restunya untuk meminta serta mendapatkan rezeki miliknya. Dalam pada itu, doa awal pagi pembuka rezeki juga mampu memberi ketenangan rohani jasmani dalam mencari dan seterusnya mendapatkan rezeki. 

Doa Awal Pagi Pembuka Rezeki


Justeru daripada itu, berikut adalah doa awal pagi pembuka rezeki yang mudah untuk diamalkan seharian;


Doa Pilihan Pertama

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Allahumma aksir maalahu wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.

Maksudnya: “Ya ALLAH,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yang telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya…” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Doa Pilihan Kedua

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلً 

Allahumma innii as-aluka ‘ilman naafi’a, wa rizqon thoyyibaa, wa ‘amalan mutaqobbalaa.

Artinya: “Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rizki yang halal dan amal yang diterima (di sisi-Mu dan mendapatkan ganjaran yang baik).” (HR. Ibnu Majah, no. 925 dan Ahmad 6: 305, 322. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa hadits ini shahih).


Semoga para sahabat yang membaca doa awal pagi pembuka pintu rezeki ini dipermudahakan urusan serta dimurahkan rezeki setiap hari walaupun hanya kecel mana, serta dimana sahaja mereka berada. Sila juga kongsikan amalan doa ini kepada para sahabat yang lain agar mereka juga mendapat keberkatan bersama, ini kerana berkongsi maklumat atau perkara yang baik pastinya akan mendapat janjaran pahala yang baik. 

Selain daripada itu, perbuatan - perbuatan yang lain yang juga merupakan pembuka pintu rezeki adalah dengan melakukan perkara - perkara berikut, antaranya adalah:
  • Melontarkan salam dan senyuman sentiasa kepada sahabat - sahabat yang lain. Hal ini kerana dengan senyuman ia juga mampu mengembirakan serta mengeratkan ikatan silaturrahim sesama insan
  • Bersedekah, dengan membantu sahabat - sahabat yang berada dalam kesusahan mengikut daya kemampuan serta keikhlasan 
  • Perbanyakkan amalan zikirwalaupun di waktu siang atau malam. Berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW adalah sangat mulia dan mendapat ganjaran yang tinggi

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan