Doa adalah salah satu perbuatan dari niat tentang apa yang diinginkan dan dipinta, ianya diluahkan melalui hati dan pancaindra lidah mulut. Keajaiban doa adalah diluar kawalan takaakulan pemikiran manusia kerana hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui, memahaminya dan memakbulkannya. Doa yang baik sudah pasti akan mendapat ganjaran kebaikan, dan sebaliknya.
Sifat selalu berdoa dengan bersyukur terhadap nikmat yang diperolehi adalah merupakan salah satu tabiat atau perbuatan yang baik. Ketenangan jiwa akan di dirasai dan kehidupan harian sentiasa dalam gilang gembira. Oleh yang demikian janganlah jemu dan gusar untuk terus berdoa, kerana kuasa doa adalah tidak ada yang mustahilnya. Terdapat banyak doa awal pagi yang boleh diungkapkan dengan mudah, namun mari kita amalkan doa awal pagi Rasullah SAW seperti berikut;
Doa Awal Pagi Rasulullah |
اَللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوْتُ، وَإِلَيْكَ النُّشُوْرُ
Allāhumma bika ashbahnā, wa bika amsainā, wa bika nahyā, wa bika namūtu, wa ilaikan nusyūru.
Artinya, “Ya Allah, dengan-Mu aku berpagi hari, dengan-Mu aku bersore hari, dengan-Mu kami hidup, dengan-Mu kami mati. Hanya kepada-Mu (kami) kembali,” (HR Abu Dawud, At-Turmudzi, Ibnu Majah, dan lainnya).
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa
“Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rizki yang baik dan amal yang diterima.” (HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah).
0 Comments