Doa Bila Keluar Rumah

Doa Bila Keluar Rumah

Bacalah doa apabila hendak keluar daripada rumah kerana melakukan aktiviti atau mencari rezeki harian. Doa adalah sangat penting dan mustajad, demi mendapat perlindungan dan dipermudahkan urusan kerana Allah SWT. 

Lazimnya doa boleh diungkapkan dalam versi bahasa arap secara afdalnya, namun ia juga boleh dilafazkan dalam bahasa yang diketahui dan difahami, sesungguhnya Allah SWT itu maha mengetahui akan ummmatnya. Seseorang yang mendahulukan sang pencipta Allah SWT, dalam urusan hariannya pasti akan mendapat keberkatan dari Allah SWT. 


Justeru daripada itu, dinyatakan dibawah ini adalah salah satu doa ringkas dan mudah dibaca, dan seterusnya diamalkan iaitu doa bila keluar rumah.

  • Doa Bila Keluar Rumah Pilihan Pertama

 اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَىَّ

Allahumma inni a-'udzu bika an adhilla aw udholla, aw azilla aw uzalla, aw azhlima aw uzhlama, aw ajhala aw yujhala 'alayya".


Maksudnya : "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu, janganlah sampai aku tersesat atau disesatkan (syaitan atau orang jahat), tergelincir atau digelincirkan orang lain, menganiaya atau dianiaya orang lain, dan berbuat bodoh atau dibodohi orang lain." (HR Abu Dawud dan At Tirmidzi).

  • Doa Bila Keluar Rumah Pilihan Kedua
بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Bismillahi, tawakkaltu ’ala allah, laa haula wa laa quwwata illaa billaah


Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan izin/kehendak Allah.


Doa Bila Keluar Rumah



Kelebihan - kelebihan berdoa, khususnya apabila keluar rumah, antaranya adalah seperti berikut:
  • Mendapat perlindungan daripada Allah SWT
  • Aktiviti dan pencarian rezeki yang dilakukan akan menjadi mudah dan senang
  • Mendapat keberkatan, ketenangan dalam melakukan sesuatu perkara
  • Nikmat kesyukuran dapat dirasai, walaupun ujian melanda tanpa diduga
  • Keberanian dan keyakinan akan menjadi tinggi dalam diri apabila melakukan sesuatu kerja yang diinginkan
  • Mendapat penghormatan atau keeratan silaturrahim dengan orang lain dengan lebih harmani

Lanjutan daripada itu juga, amalkan juga berzikir dengan melafazkan kalimah kebesaran Ilahi dan junjungan Nabi Muhammad SAW. Bcaan zikir boleh dilafazkan di mana sahaja, ini kerana ia memberi banyak manfaat kebaikan.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian