Doa Terjaga Waktu Malam

Doa Terjaga Waktu Malam

Terjaga dari lena tidur adakalanya berlaku pada setiap individu, situasi ini adakalanya terjadi disebabkan mimpi atau dikejutkan atau terjaga. Petua juga mengatakan, situasi seumpama ini terjadi iaitu terjaga di waktu malam, kerana seseorang itu tidak membasuh kaki, atau membaca doa tidur atau perut berkeroncong kerana terasa lapar. 

Walaupun demikian, adalah sangat baik dan mulia jika terjaga dari tidur diwaktu malam dengan membaca doa seperti yang dikongsikan dibawah ini. Doanya sangat ringkas, mudah dibaca dan dihafal. Doa dikongsikan dalam dua versi iaitu bahasa arah dan bahasa melayu.

Doa Terjaga Waktu Malam


لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ. لَهُ الْمُلْكُ وَ لَهُ الْحَمْدُ وَ هُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَ سُبْحَانَ اللهِ وَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَ اللهُ أَكْـَبُر وَ لَا حَوْلَ وَ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

LAA ILAAHA ILLALLAH WAHDAHU LAA SYARIIKA LAHU, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA ALA KULLI SYAY’IN QADIIR, WALHAMDULILLAH WASUBHANALLAH WALAA ILAAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR WALAA HAULA WALAA QUWWATA ILLA BILLAH

Ertinya : “Tiada tuhan selain Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Segala puji bagi Allah, Mahasuci Allah, Tiada tuhan selain Allah, dan Allah Maha besar. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah”.


Lanjutan daripada itu, berdoa ketika terjaga di waktu malam adalah tindakan bijak, dan membawa manfaat seperti berikut:

  • Keterangan akal fikiran dan rohani
  • Tidur yang lena dan nyenyak, serta tidak meracau
  • Mendapat perlindungan Allah SWT daripada gangguan makluk halus
  • Mendapat tidur yang cukup serta membawa kepada penghasilan tenaga badan yang mantap
  • Mendapat ganjaran pahala, kerana sentiasa mendalukan pencipta Allah SWT dalam apa juga perkara


Definisi doa
Doa merujuk kepada perbuatan yang dimulai dengan akal dan jatuh ke hati (niat) dan seterusnya dilafazkan atau diungkapkan menerusi pancaindera lidah dan mulut, dengan memohon serta meminta tentang sesuatu perkara kepada sang pencipta Allah SWT

Ikuti juga artikal doa dibawah, agar para sahabat yang membaca dapat meningkatkan amalan doa - doa yang bermanfaat

👉 Kuasa Doa

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan