Golongan Penerima Vaksin Pneumokokal

Golongan Penerima Vaksin Pneumokokal

Apakah itu penyakit pneumokokal ?

Penyakit pneumokokal adalah salah satu penyakit yang disebabkan oleh jangkitan oleh bakteria yang dipanggil Streptococcus pneumoniae . Penyakit ini menjangkiti semua golongan umur tetapi lebih sering menjangkiti kanak-kanak dan warga tua. Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk jangkitan atau radang paru-paru , meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak) , sepsis ( jangkitan dalam darah) , sinusitis (jangkitan pada sinus) dan otitis media ( jangkitan telinga tengah ), Sumber: Myhealth (KKM)


Bilakah pemberian vaksin pneumokokal.dilaksanakan ?

  • Vaksin pneumokokal akan diberikan bermula pada 01 Disember 2020 di semua klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Siapakah yang layak menerima vaksin pneumokokal ?
  • Golongan yang menerima vaksin pneumokokal ialah kanak - kanak yang lahir pada 01 Januari 2020 dan seterusnya

Bagaimanakah untuk mendapatkan suntikan vaksin pneumokokal ?
  • Cara untuk mendapatkan suntikan vaksin pneumokokal adalah ibu bapa perlu membuat temujanji di Klinik Kesihatan bagi mengelakkan kesesakan dan mematuhi norma baharu



Golongan Penerima Vaksin Pneumokokal


Apakah jenis vaksin pneumokokal ?

Sehingga kini jenis vaksin pneumokokal ada terdapat dua jenis vaksin pneumokokal, iaitu 

vaksin polisakarida pneumokokal dan vaksin konjugat pneumokokal. Vaksin ini memberi perlindungan terhadap strain Streptococcus pneumoniae yang terkandung didalamnya yang merupakan strain-strain yang paling penting dan yang paling mungkin menyebabkan penyakit yang serius. Pelalian bagi golongan dewasa dan kanak-kanak adalah mengikut jadual yang disyorkan untuk kumpulan umur mereka. Seperti dengan vaksin lain, adalah penting untuk sedar bahawa vaksin pneumokokal in tidak akan melindungi semua individu yang menerima vaksin ini secara keseluruhannya. Ini adalah kerana imunisasi dengan vaksin ini hanya menawarkan pencegahan terhadap penyakit pneumokokal yang disebabkan oleh strain Streptococcus pneumoniae ( serotaip ) yang terkandung dalam vaksin tersebut. Sumber: Myhealth (KKM)

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian