Aktiviti berjoging merupakan salah satu aktiviti sukan yang dilakukan dengan mengerakkan anggota fizikal badan secara optimum mengikut daya kemampuan atau upaya seseorang. Berjoging dilakukan dengan berlari secara perlaj]han dengan langkah yang besesuaian dan daya tahan pernafasan. Aktiviti ini dilakukan diwaktu pagi atau petang di kawasan - kawasan taman rekreasi atau pun kawasan lapang seperti stadium atau padang.
Berjoging boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan dengan memakai pakaian sukan yang bersesuaian dan selesa untuk bergerak. Terdapat banyak kebaikan aktiviti berjoging khususnya kepada kesihatan anggota badan, antaranya adalah seperti berikut;
- Kesihatan jantung
Aktiviti berjoging memberi kesan yang baik kepada kesihatan anggota dalaman khususnya jantung. Hal ini kerana dengan melakukan joging degupan jantung seseorang akan berdegup optimum dan seimbang dengan data ketahanan nafas. Seseorang yang tahan berlari dengan nafas yang normal adalah sangat baik.
Kebaikan Aktiviti Berjoging |
- Menguatkan anggota paha, lutut dan kaki
Berjoging adalah aktiviti santai dengan pergerakan menggunakan anggota kaki. Oleh itu dengan berjoging ia mampu menguatkan kesihatan anggota paha, lutut dan kaki. Ini kerana anggota berkenaan, khususnya adalah anggota yang berfungsi untuk menampung bebanan berat badan dan juga semasa berlari, secara tidak langsung ianya memberi kesan kekuatan dan kesihatan yang baik.
- Osteoporosis
Kegemaran berjiging juga mampu memberi kesan yang baik terhadap osteoporosis, anda yang jogging secara tetap, sebenarnya anda sedang memberi bebanan otot dan tulang secara positif. Dalam masa yang sama, tulang akan dirangsang untuk menjadi lebih kuat dan tidak mudah dimamah usia. Kecerdasan serta ketangkasan akan lebih dirasai dengan lebih mantap.
- Kesihatan terhadap pancaindera otak
Aktiviti berjoging juga akan memberi kesan kepada darah dimana ia akan membawa oksigen ke otak. Hal ini menyebabkan otak mendapat bekalan oksigen dan nutrien lain yang mencukupi. Dengan itu segala tidak langsung aktiviti atau kegiatan kerja yang dilakukan akan menjadi lebih produktif dan efficen.
- Dapat menikmati dan menghirup udara segar
Semasa berjoging, mental dan fizikal akan berada pada situasi kosong atau erti kata lainnya, bebas daripada perkara yang menyulitkan otak. Hal ini tumpuan akan diberikan kepada aktiviti berjoging, khususnya laluan yang dilalui, dan jarak berjoing. Dalam masa sama, semasa berjoging di kawasan yang lapang dengan tumbuhan yang menghijau, ia memberi kesan kepada nikmat positif dengan menghirup udara segar.
- Rasa bahagia dan erat silaturrahim
Berjoging mampu memberi kebaikan kepada perasaan yang tenang dan bahagia serta mengeratkan ikatan silaturrahim dikalangan yang lainya sama- sama berjoging. Hal ini sangatlah baik dan mempu membentung daripada gejala sosial yang tidak bermanfaat.
0 Comments