Kebaikan Dan Keburukan Berbasikal Di Jalan Raya

Kebaikan Dan Keburukan Berbasikal Di Jalan Raya

Aktiviti berbasikal merupakan salah satu aktiviti sukan yang mempu memberi kesihatan anggota badan dengan lebih baik. Dalam pada itu, dengan berbasikal juga ia mampu memberi kesihatan seimbang dan berada pada paksi hidup sihat seharian. 

Berbasikal memang banyak cabaran apatalagi laluan yang dilalui berbukit atau berpasir, ini sudah tentu memerlukan tenaga yang banyak untuk mengayuh basikal berkenaan agar bergerak dengan pantas dan seimbang. Dalam pada itu juga isu berbasikal kini semakin viral dan mendapat sambutan pelbagai pihak. 

Lazimnya terdapat banyak kebaikan dan keburukan berbasikal di jalan raya, dan antaranya adalah seperti berikut;

KEBAIKAN BERBASIKAL DI JALAN RAYA

  • Laluan yang dilalui selesa dan bertar iaitu rata dan selamat dilalui tidak seperti pada laluakn di kampung - kampung yang tidak bertar
  • Memupuk silaturrahim sesama peserta basikal, apabila berbasikal dilakukan secara berkumpulan 
  • Tingkat waspada yang tinggi dalam diri serta semangat kental kerana melalui laluan jalan raya yang dalam masa sama digunakan oleh pengguna lainnya
  • Cabaran serta laluan yang jauh dan memberi kepuasan dalam diri serta meningkatkan taham kesihatan anggota badan yang tinggi
  • Dapat menikmati panorama pemandangan luar yang indah dengan udarah segar dan nyaman
Kebaikan Dan Keburukan Berbasikal Di Jalan Raya



KEBURUKAN BERBASIKAL DI JALAN RAYA
  • Risiko kemalangan jalan raya yang tinggi kepada penunggang basikal. Hal ini terjadi kerana pengguna jalan raya adalah meliputi kenderaan lain yang jauh lebih ber seperti kereta, lpri, bas dan lain - lain lagi
  • Keupayaan atau kemampuan kenderaan basikal adalah jauh lebih kecil daripada kenderaan lain, dan peratusan kemusnahan yang lebih tinggi 
  • Menganggu pendangan pemandu kenderaan lain, ini kerana terkadang aktiviti dilakukan di jalan raya ada yang berkumpulan dan tidak menggunakan teknik sehaluan atau satu barisan, malahan bergerak secara berkumpul sehinggakan memakan lorang jalan
  • Menyebabkan kesesakan jalan. Hal ini terjadi di laluan sehala, menyebabkan  kenderaan terpaksa memperlahankan kenderaan kerana terdapat pengguna basikal yang berbasikal dihadapan 
  • Memerlukan kos yang tinggi kerana terpaksa memakai pakaian dan peralatan keselamatan seperti topi, baju kali (jika tergelincir di jalan aspal), lampu serta yang lainnya


Lazimnya terdapat pelbagai jenis basikal di pasaran yang dijula mengikut spek kesesuaian tempat berbasikal. Berikut adalah beberapa jenis basikal yang perlu diketahui, apabila mengemari aktiviti iti, iaitu:

Basikal gunung

Basikal jenis ini adalah basikal serba boleh. Pilihan yang meluas ketika memilih perjalanan di mana-mana jalan. Mudah diubahsuai mengikut keperluan pemilik.

Basikal jalan raya

Basikal jalan raya merupakan basikal khusus tanpa penyerapan kejutan. Iantya sangat ringan dan pantas. Sesuai digunakan untuk berbasikal di jalan aspal yang baik. 

Basikal silang

Model basikal ini adalah yang serba boleh, mempunyai gulungan yang baik di jalan aspal, boleh bergerak dalam keadaan di luar jalan raya. 

Basikal dilipat

Basikal lipat merupakan salah satu basikal yang praktikal dan selesa ditunggang di bandar. Basikal ini juga tidak digunakan di luar jalan raya.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan