Kebaikan Hiking

Kebaikan Hiking

Hiking merupakan salah satu aktiviti yang kian popular dan diminati oleh masyarakat pada masa kini, tidak kira golongan remaja, mahupun dewasa hinggalah kepada golongan vetren. Hiking bukan sahaja boleh dilakukan secara bersendirian, malahan adalah sangat baik jika dilakukan secara berkumpulan. Lazimnya terdapat kebaikan hing kepada anggota badan dan juga persekitaran, antaranya;

  • Mengeratkan ikatan silaturrahim
Hiking secara beramai - ramai atau kumpulan mampu mengeratkan hubungan silaturrahin antara satu sama yang lain dengan lebih mampan. Dalam masa sama, hiking juga mampu mewujudkan suasana kenalan dengan rakan - rakan baharu di tempat hiking. Persekitaran harmoni dengan ramai kenalan baharu di wujudkan mampu menghindari daripada gejalah sosial yang negatif.
  • Menguatkan anggota lutut dan kaki
Aktiviti hiking, dengan mendaki bukit mampu meningkatkan anggota lutut khususnya kepada lebih sihat. Lutut akan menjadi ringan untuk melangkah adari satu jarak ke satu jarak yang lain. Anggota lutut khususnya akan bertambah aktif dan cergas melakukan sesuatu tindakan.

Kebaikan Hiking


  • Membakar kalori badan
Kebaikan hiking juga kepada anggota badan di mana ia mampu membakar kalori dalam badan dengan cepat. Hal ini terjadi kerana dengan hiking, seluruh anggota badan digerakkan dengan kekuatan lutut untuk menuju ke punjak bukit. Keringat atau peluh yang dikeluarkan, secara tidak langsung membakar kalori dalam badan. Anggota badan akan terasa ringan dan cergas untuk melakukan sesuatu perkara atau kerja.
  • Menghilangkan tekanan 
Berhiking juga mampu melegakan dan seterusnya menghilangkan tekanan mental dan fizikal dengan mudah dan verkesan. Aktiviti hiking yang dilakukan, mampu meningkatkan tahap keriangan dalam diri, apatalagi laluan yang dirempuh memerlukan kemahiran dan ketangkasan. Cabaran yang ditempuhi sangat menyeronokkan dan secara automatik mampu melegakan tekanan mental dan fizikal yang berkesan.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan