Kelebihan Pokok Kelapa

Kelebihan Pokok Kelapa

Pokok kelapa merupakan salah satu pokok buah - buahan tempatan yang enak dimakan dan mengandungi banyak khasiat kepada kesihatan anggota badan. Pokok kelapa mudah ditanam, samaadaa di kawasan kebun, ladang atau juga di halaman rumah. Terdapat pelbagai jenis pokok kelapa, iaitu pokok kelapa mawa, pokok kelapa pandan, pokok kelapa tinggi, pokok kelapa hibrid, pokok kelapa renek dan lain - lain lagi.

Umumnya pokok kelapa mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan tumbuhan yang lainnya, dan berikut adalah beberapa kelebihan pokok kelapa, antaranya;


  • Batang pokok kelapa
Batang pokok kelapa yang mana lurus sangat sesuai untuk dijadikan titi bagi menyeberangi sungai. Barangnya yang panjang dan lurus serta tahan lama mampu menampung seseorang semasa melalui sungai, apabila ia dijadikan titi atau jembatan. Batang pokok kelapa juga mudah dipotong menggunakan sensor atau kapak.

  • Pelepah pokok kelapa
Pelepah pokok kelapa adalah merujuk kepada daun pelepah yang sudah usang atau tua. Pelepah biasanya kelihatan berwarna coklat dan sangat sesuai digunakan untuk bahan api atau sebagai ungun di halaman rumah untuk menghalau nyamuk atau agas. Pelepah juga boleh dijadikan penyapu untuk mengigis sampah - sampah dihalaman rumah.

  • Lidi pokok kelapa
Lidi adalah tulang kepada daun kelapa yang mana ia boleh dijadikan penyapu untuk kegunaan dalam rumah. Dalam pada itu lidi juga boleh dijadikan sebagai pencungkil gigi selepas selesai makan dan minum. Lidi juga boleh dibuat sebagai pencucuk satay untuk dijual di warung - warung makan.

  • Daun pokok kelapa
Daun pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan, seperti dijadikan bumbung dan dinding rumah. Dalam pada itu daunnya juga dijadikan sebagai ketupat untuk kegunaan seisi keluarga. Dalam pada itu juga, daunya boleh dijadikan pelbagai hiasan seperti tikar, permainan tiup - tiup, hiasan pada rumah, topi dan lain - lain lagi.

  • Umbut pokok kelapa
Umbut adalah isi yang lembut yang terdapat di dalam pokok kelapa, dan terletak di bahagian pucuknya. Umbut boleh dijadikan sebagai makanan iaitu sayur yang sangat menyelerakan. Selain itu umbut juga boleh dimakan secara terus kerana ianya tidak beracun dan sangar manis di makan.

  • Buah kelapa muda 
Buah kelapa muda sememangnya sangat berkhasiat terhadap kesihatan anggota badan. Buah kelapa bukan sahaja isinya serta airnya yang manis, malahan ia juga boleh dijadikan puding, jus kelapa dan juga produk kecantikan yang lainnya.

  • Buah kelapa tua
Buah kelapa tua, memang banyak kegunaanya, yang mana boleh dijadikan santan. Manakala sabutnya boleh dibuat bahan bakar untuk memasak atau memanggang ikan. Manakala tempurungnya pula, boleh digunakan untuk pelbagai jenis perhiasan yang beraneka, seperti rantai, kitchen, dan lain - lain lagi.

  • Pucuk buah kelapa
Pucuk buah kelapa adalah merujuk kepada bunga kelaya yang baru memujuk sebelum menjadi bunga dan buah. Pucuk buah kelapa boleh dijadikan air nira dan seterusnya dijadikan minuman serta bahan makanan khususnya kepada penyediaan kueh mueh.



Kelebihan Pokok Kelapa


Dalam pada itu, terdapat banyak pengusaha syarikat atau pekebun - pekebun besar yang mengusahakan tanaman pokok kelapa secara komersial. Tumbuhan ini bukan sahaja memberi pulangan yang lumayan terhadap buahnya, malahan ia mempunyai banyak kelebihan, kerana hampir semua yang terdapat pada pokok kelepa boleh digunakan dan dinikmati.



Tahukah juga, kenapa pokok kelapa subur tumbuh dengan mudah khususnya di kawasan tebing sungai dan laut. Hal ini kerana, pokok kelapa memerlukan serapan air yang banyak, dan ianya juga merupakan salah satu benteng tanah kepada tebing sungai atau laut daripada hakisan ombak. 


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia