Nikmat Menyebut Kalimah Bismillah Sebelum Membuat Kerja

Nikmat Menyebut Kalimah Bismillah Sebelum Membuat Kerja

Bismillahirrohmannirrohim membawa maksud dengan nama Allah SWT yang maha pemurah lagi maha penyayang. Ayat Bismillah juga adalah ayat permulaan dalam surah Al-Fatihah dan ibu segala doa dan juga penawar kepada sesuatu permasalahan 

Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah daripada (sembelihan binatang yang halal) yang disebut nama Allah SWT ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatnya.” (Surah al-An’am, ayat 118).


Khasiat Kalimah Bismillah


Mendahulukan sesuatu itu dengan membaca Bismillah atau ungkapan penuh iaitu Bismillahirrahmanirrahim setiap kali memulakan atau melakukan sesuatu urusan, pekerjaan atau perbuatan sebenarnya akan memberi sesuatu kebaikan yang sangat besar nilainya kerana ia mengutamakan Asma dan Kebesaran Allah SWT. Dalam pada itu juga, Allah SWT sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca ‘Bismillah.

Lantaran daripada itu juga, terdapat banyak khasiat apabila sentiasa mengungkapkan kalimah Bismillah apabila hendak memulakan sesuatu perkara, antaranya adalah seperti berikut;
  • Mendapat ganjaran pahalah dari Allah SWT, ini kerana unggapan sedemikian mendahulukan serta mengagungkan Allah SWT dalam mengecapi perkara yang diinginkan
  • Jiwa dan perasaan akan sentiasa tenang dalam melakukan sesuatu perkara. Dalam masa sama ia membantu kepada kesihatan anggota dalaman rohani jasmani dengan lebih baik
  • Rezeki akan mudah dan berlimpah ruah, kerana sumber yang dikerjakan atau dilakukan di dahului dengan sebutan kalimah bismillah
  • Tingkalaku serta personaliti diri akan lebih bertambah baik dalam melakukan sesuatu perkara. Hal ini kerana dengan mendahului kebesaran Ilahi, secara tidak langsung terhindar dari perkara negatif yang tidak membawa kepada faedah kebaikan

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan