Manfaat Tanam Lada Dalam Pasu

Manfaat Tanam Lada Dalam Pasu

Makanan keperluan harian atau asas adalah sangat penting demi kelangsungan hidup. Di era zaman teknologi ini masyarakat semakin pintar dan maju ke hadapan demi penjimatan terhadap barang - barang makan harian. 

Pada hari ini ramai dilihat rumah - rumah dihiasi dengan tanaman sayur - sayuran dan buah - buahn berbanding dahulu kala yang hanya di hiasi dengan bunga - bungaan. Lazimnya menjurus kepada tanaman lada, deperti pada gambarajah di bawah, terdapat banyak manfaat menanam lada di dalam pasu antaranya, adalah;

  • Penjimatan ruang atau halaman rumah
Penanaman lada di dalam pasu mampu menyumbang kepada ruang halaman rumah dengan lebih tersusun. Ini kerana pasu dapat di susun mengikut citarasa dan kesesuaian tempat halaman rumah.
  • Mudah di alihkan
Manfaat menanam lada di dalam pasu juga adalah mudah untuk di alihkan dari satu tempat ke tempat lain. Dalam masa sama, dan jika berpindah rumah tanaman lada berkenaan boleh diangkat dengan mudah.



Manfaat Tanam Lada Dalam Pasu


  • Kebersihan halaman rumah terjaga
Menanam lada dalam pasu juga mampu menyumpang kepada kebersihan halaman rumah, ini kerana tanam tidak bertaburan ke lantai dan juga penjagaan pokok lada akan lebih terapi dan tersusun.
  • Mudah dilupuskan
Tanaman pokok lada di dalam pasu juga mudah dilupuskan jika ianya sudah tidak mengeluarkan buah atau digantikan dengan tanaman lainnya. Kandungan tanam masih boleh digunakan dengan baik untuk menanam tanaman yang lainnya.
  • Di niagakan
Menanam pokok lada dalam pasu atau bekas plastik yang berkualiti, juga merupakan salah satu perusahaan kecil - kecilan yang boleh diniagakan di pasar - pasar tani atau minggu. Secara tidak langsung, tindakan seumpama berkenaan mampu menjana pendapatan isi rumah.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian