Peperiksaan online bagi jawatan pegawai gred 41 dijabatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merupakan salah satu jawatan yang dimohon daripada laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Malaysia (SPA9).
Justeru daripada itu, sangatlah penting kepada calon - calon yang bakal menduduki peperiksaan online bagi jawatan berkenaan untuk mengetahui maklumat - maklumat berkenaan jabatan berkenaan agar mudah untuk menjawab soalan - saolan yang di ajukan.
Secara lazimnya jawatan peperiksaaan online untuk memasuki perkhidmatan awam (PSEE) bagi jawatan pegawai penguatkuasa gred kp41 (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna) dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu,
- Daya menyelesaikan masalah
- Kefahaman bahasa inggeris
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk
menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang berdaya maju, berdaya
saing, dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perdagangan pengedaran.
Sektor perdagangan pengedaran adalah antara penyumbang utama KDNK negara dan ia bertindak sebagai benteng kestabilan ekonomi, terutama semasa situasi ekonomi luaran berada di dalam keadaan ketidak tentuan. Perdagangan pengedaran perlu kukuh bagi menampan sebarang ketidakstabilan dalam ekonomi negara.
2. Apakah Fungsi Jabatan KPDNHEP ?
Fungsi Jabatan KPDNHEP adalah menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri, khususnya dalam Sektor Perdagangan Pengedaran dan Kepenggunaan.
- Membangunkan
peluang perniagaan dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat melalui profil
pemborongan dan peruncitan, francais, jualan langsung, dan sektor hiliran
petroleum;
- Menentukan
dan memantau harga barang-barang perlu;
- Mengawalselia
penjualan dan pengedaran barang-barang perlu, barangan petroleum dan
petrokimia, dan urusniaga jualan langsung;
- Melaksanakan
peraturan timbang dan sukat;
- Menyelaras
perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta
berkaitan;
- Menggalakkan
amalan tadbir urus korporat yang baik; dan
- Mentadbir
dan membangunkan Sistem Perlindungan Harta Intelek.
- Melaksanakan program pendidikan pengguna;
- Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna; dan
- Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan.
KPDNHEP sedang mengorak langkah ke arah menjadi Kementerian
Premier Negara berpandukan oleh visinya iaitu 'Perdagangan dalam negeri yang
progresif, mampan'.
MISI
- Mengukuhkan perdagangan dalam negeri melalui penciptaan nilai dan pendigitalan
- Mengadaptasi inovasi dan teknologi sebagai asas organisasi cemerlang
- Meningkatkan perlakuan pengguna yang rasional dengan memperkasakan komuniti dan masyarakat sivil
Gambar Sekadar Hiasan Sumber : Nota Rujukan Menduduki Peperiksaan Online KPDNHEP |
- Meningkatkan sumbengan perdagangan dalam negeri kepada pendapatan negara kasar
- mewujudkan masyarakat pengguna yang berdaya upaya dan amalan perniagaan yang beretika
- Memupuk ekonomi berteraskan inovasi melalui sistem dan perundangan yang efektif
- Mewujudkan persekitaran pasaran yang kondusif untuk pengguna dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup
- Meningkatkan kecemerlangan organisasi
0 Comments