Benoni commercial centre merupakan salah satu tempat yang terletak tidak jauh dari pekan Papar. Kawasan ini membangun dengan pesat bagaikan cendawan tumbuh, dengan terbinanya banyak bangunan - bangunan baharu seperti gedung pasaraya servey, dan lain - lain lagi.
Panorama Benoni Commercial Centre sangat mengagumkan kerana kawasannya yang bersih, tambahan lagi bangunan - bangunannya masih baharu dengan cat warna yang mengamit pandangan mata.Keluasannya yang sederhana dan sering dikunjungi oleh penduduk setempat untuk berbelanja bagi mendapatkan bekalan keperluan harian
Kawasan benoni commercial centre terletak dilaluan antara pekan Papar menuju ke Keningau atau Bongawan. Lokasinya yang tidak jauh dan menggunakan laluan sehala yang bertar.
Panorama Benoni Commercial Centre |
Di samping itu juga persekitaran kawasannya masih dihujani tumbuh - tumbuhan yang menghijau, dengan deruan angin yang nyaman di waktu pagi dan senja. Penduduk di kawasan ini, rata - ratanya dari suku kaum bajau, dusun dan juga kedayan brunei. Mereka hidup serumpun dengan sifat tolenransi dan harmoni yang sangat baik.
Benoni Commercial Centre, di bangunkan dengan bangunan - bangunan dua ke tiga tingkat dengan spek keselamatan yang baik. Banyak pengusaha kedai - kedai baharu yang mengusahkan perniagaan masing - masing seperti restoran, kedai runcit, pasar, dan juga mall yang besar - besar.
Berjalan - jalan dan berbelanja di Benoni Commercial Centre tidak merugikan kerana kawasannya yang tidak sesak, dan juga barang - barang keperluan yang diperlukan boleh diperolehi dengan harga yang berpatutan.
0 Comments