Percutian Menarik Simpang Mengayau

Percutian Menarik Simpang Mengayau

Tanjung simpang mengayau merupakan salah satu tempat percutian menarik yang terdapat di negeri borneo Sabah. Lokasi percutian ini terletak di hujung benua Sabah di Daerah Kudat. Simpang mengayau berhadapan dengan laut china selatan dengan kedudukan geografinya yang sangat strtaegik dan merarik untuk dilawati

Percutian menarik di simpang mengayau, menjanjikan satu kepuasan yang mendalam kerana dengan deruan anginnya yang nyaman serta persekitarannya yang bersih memberi keselesaan tinggi kepada para pengunjung. Laluan ke destinasi berkenaan juga sangat mudah kerana kemudahan jalan rayanya yang tar dan selamat digunakan. 

Simpang mengayau mempunyai sejarah tersendiri dan antara merupakan salah satu pusat atau destinasi percutian yang menarik. Di sana juga terdapat kemudahan chelet, homestay dengan harga yang berpatutan dan sangat memberi keselesaan. Selain daripada itu, sumber makanan ala kampung juga turut disediakan oleh pengusahanya dengan harga bersesuaian dan menu menyelerakan.

Percutian Menarik Simpang Mengayau

 

Manfaat bercuti di simpang mengayau

  • Dapat menikmati keindahan flora yang yang indah kerana kawasan simpang mengawau jauh dihujung benua serta belum ada pembangunan atau bangunan yang tinggi - tinggi dilakukan
  • Mampu menyenangkan akal fikiran dan rohani daripada belenggu tekanan yang melanda dalam diri
  • Dapat menghirup udara segar dan nyaman, kerana di simpang mengawau tidak ada gangguan bising seperti di kota - kota bandaraya
  • Dapat melunagkan masa bersama sanak keluarga untuk santai serta mengeratkan lagi ikatan silaturrahim 
  • Mensyukuri nikmat dan kudrat dengan rezeki serta menghargai kebesaran Ilahi betapa indahnya ciptaanya
  • Dapat memperluaskan kenalan dengan kenalan baharu di kawasan simpang mengayau yang mana melakukan percutian bersama

Tempat - tempat percutian menarik yang terdapat di bumi borneo Sabah, antaranya:
  • Pulau - pulau seperti, manukan, sapi, mabul, mantanani, sibuan dan lain - lain lagi
  • Rumah terbalik, tamparuli
  • Gunung kinabalu, kundasang
  • Poring, taman air panas, kundasang
  • Rafting di kiulu

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian