Permohonan bantuan budi bagi Negeri Sabah secara tunai kini dibuka kepada calon - calon yang telah mendapat tempat di Universiti awam dan swasta. Bantuan ini disalurkan secara one - off.
Apakah kriteria untuk memohon bantuan budi Sabah ?
- Permohonan adalah terbuka kepada pelajar - pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam/ swasta tahun 2021 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia) dan diiktiraf oleh kerajaan
- Pemohon adalah warganegara Malaysia berasal dari Negeri Sabah dan berumur tidak lebih 25 tahun
- Ibu dan bapa pemohon atau penjaga adalah golongan B40 dan M40
- Pelajar yang telah mendapat tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri atau mana - mana institusi lain adalah tidak layak mendapat bantuan ini (disahkan oleh IPT)
- Mendapat pengesahan kemasukan (telah mendaftar) di IPT
- Bantuan sebanyak RM1500.00 bagi kelulusan Diploma/ Foundation dan Matrikulasi. Manakala RM2000.00 untuk Ijazah Sarjana Muda
Bilakah tarikh tutup permohonan bantuan budi sabah ?
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 05hb November 2021
Bagaimanakah cara memohon bantuan budi Sabah ?
- Permohonan boleh dibuat secara atas talian (Online) yang telah dibuka mulai Mac 2021
Permohonan Bantuan Budi Sabah |
Dimanakah saya boleh berhubung untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan bantuan budi Sabah ?
- Rujukan boleh dilakukan dengan menghubungi talian 088369871/ 088369872
- Melayari laman web : www.https//;mttk@sabah.gov.my
- https://budi.sabah.gov.my
- 👉 Permohonan
Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, berkata Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) itu disediakan mulai tahun ini dalam usaha meringankan beban keluarga kurang berkemampuan membiayai kos pendidikan anak masing-masing.
Manfaat Bantuan Budi.
- Meringankan keluarga iaitu isi rumah terhadap kos perbelanjaan akan- anak yang telah mendapat tawaran pengajian di Universiti
- Memberi semangat jitu kepada para pelajar yang mendapat tawaran di institusi pengajian tinggi dengan lebih kental
- Pemikiran para pelajar tidak terbeban terhadap sumber kewangan yang mana menganggu tumpuan pembelajaran
- Pendidikan serta hasrat para pelajar lebih tercapai untuk menjadi insan yang berpendidikan, walaupun dari golongan yang kurang berkemampuan
2 Comments
lepas permohonan berjaya perlu buat apa ya ? or just tunggu
ReplyDeleteBetul tu, nanti admin yang berwajib tu akan maklumkan juga. Rujukan lanjut boleh hubungi terus no yang tertera dalam iklan berkenaan. Tq
Delete