Sifat - Sifat Mahmudah

Sifat - Sifat Mahmudah

Sifat - sifat mahmudah adalah salah satu sifat terpuji yang ada atau dimiliki oleh seseorang. Sifat - sifat ini boleh di erti katakan adalah sifat atau tingkah laku positif dalam diri. Sifat ini juga, diperolehi samaada secara semulajadi atau melalui didikan formal dan informal sewaktu dari usia kecil hinggalah dewasa.

Terdapat banyak sifat - sifat mahmudah yang boleh diungkapkan dan dikongsikan, antaranya adalah seperti berikut;

  • Menghormati
Menghormati adalah salah satu tabiat atau tingkalaku yang murni dalam diri. Menghormati boleh membawa kepada keutuhan atau keakrafan jalinan silaturrahim antara sesama insan. Sifat hormat menghormati menjurus kepada toleransi dalam apa juga perkara atau kesulitan yang dihadapi atau dipertikai.

  • Membantu
Sifat membantu adakalanya berat dilaksanakan oleh seseorang apatalagi melibatkan bantuan kewangan dan harta benda. Sifat ini bukan sahaja mampu meringankan bebenan seseorang, malahan ia juga boleh menyebabkan kepada pergaduhan apabila bantuan yang disumbangkan memerlukan balasan atau penghormatan. Jenayah pergaduhan atau keruntuhan silatrrahim kebarangkaloan boleh berlaku jika bantuan yang dihulurkan tidak dengan niat dan keikhlasan, malahan mengharapkan balasan.Sifat membantu, haruslah dimulai dengan niat yang baik untuk meringankan bebanan seseorang agar terhindar dari bala bencaba dan musibah.

Sesungguhnya, Tuhan tidak akan membebankan kehidupan seseorang melainkan berupaya atau setara dengan kemampuannya.


Sifat - Sifat Mahmudah 


  • Menyayangi
Kasih sayang adalah salah satu perasaan yang ada dalam kalbu yang tidak boleh dilihan dengan mata kasar. Sifat menyayangi, adalah sebahagian daripada sifat - sifat mahmudah dan ianya boleh membawa kepada kesatuan serta membangunan ummah di dalam sesuatu mukim dengan lebih harmoni dan gembira, Menyayangi boleh mengeratkan ikatan silaturrahim antara satu sama yang lain. Sifat menyayangi yang ada di dalam diri juga boleh membantu kepada kebahagian sesebuah institusi kekeluargaan.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian