Sifat adalagh sifat tercelah atau keji yang tidak membawa kepada kemakmuran dalam sesebuah institusi keluarga ataupun masyarakat. Sifat ini mungkin bertambah teruk apabila didorong oleh hasutan syaitan dan iblis. Berikut adalah beberapa sifat - sifat mazmumah untuk perkongsian bersama;
- Pemarah
Pemarah atau bengis adalah salah satu sifat mazmumah yang boleh membawa kepada pergaduhan dalam sesebuah kaum. Sifat ini wujud dalam diri apabila ketipuasan atau dengsi menyelubungi kalbu. Tindakan agresif adakalanya dilakukan dengan melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Sifat ini juga mampu mengeluarkan kata - kata kesat dari lidah apabila ianya tidak dapat dikawal
- Bakhil
Bakhil atau erti kata lain kedekut, adalah salah satu sifat mazmumah yang tidak membawa kepada kemajuan diri, keluarga dan juga ummah. Sifat kedekut menyebabkan harta berpinak tidak disedekahkan untuk perkongsian rezeki bersama. Sifat bakhil, selalunya terjadi apabila harta kekayaan menyelubungi atau menguasai diri
- Riak
Riak atau bangga diri merupakan salah satu sifat yang sombong dan takbur terhadap pencapaian atau kemegahan diri terhadap sesuatu yang diperolehi atau dimiliki, sebagai contoh memiliki kereta dan rumah mewah, harta emas bertimbun dan sebagainya. Sifat riak, boleh membawa kepada perbezaan antara darjat atau berpuak - puak, dan ianya boleh membawa kepada keruntuhan silarurrahim serta ukhwa
- Cintakan duniawi
Cintakan kemewahan duniawi merupakan sifat mazmumah yang melangkauwi kuasa atau rezeki Tuhan. Sifat ini adalah lebih mendahului perkara - perkara dunia berbanding akhirat untuk kepuasan serta kemewahan semata - mata.
0 Comments