Tugas - Tugas Pembantu Tadbir

Tugas - Tugas Pembantu Tadbir

Pembantu tadbir adalah kakitangan sokongan yang di tempatkan di satu - satu jabatan dan  ditugaskan untuk membantu ketua terhadap kerja - kerja pentadbiran pejabat. Kakitangan ini ditempatkan meliputi sektor atau seksyen kewangan, pentabiran, pengurusan, akademik, sistem maklumat dan lain - lain lagi bergantung kepada keperluan atau fungsi jabatan berkenaan.

Lazimnya terdapat banyak tugas - tugas sebagai pembantu tadbir yang mana meliputi pelbagai skop, antaranya adalah seperti berikut:

  • Perkeranian dan operasi 
Bertanggungjawab sebagai seorang kerani di pejabat dengan melakukan kerja - kerja penyediaan surat menyurat, mengumpul maklumat serta lainnya mengikut arahan yang ditetapkan oleh pihak ketua

[Gambar Sekadar Hiasan]
Tugas - Tugas Pembantu Tadbir


  • Pentadbiran am
Membuat tempahan bilik mesyuarat, mencatit minit. Pembantu tadbir juga bertugas terhadap penjagaan stok atau keperluan peralatan tulis dalam pejabat
  • Pengurusan personel
Seorang pembantu tadbir juga bertanggungjawab terhadap pengurusan personel dalam pejabat
  • Perkhidmatan kaunter dan pemprosesan
Bertanggungjawab terhadap kerja - kerja penjagaan kaunter dengan memberi layan khidmat kepada pelanggan yang berurusan di kaunter dan juga memproses serta merekod surat keluar masuk pejabat
  • Pengumpulan data dan maklumat
Kakitangan yang memegang jawatan sebagai pembantu tadbir juga bertanggungjawab ke atas kerja - kerja pengumpulan data dan maklumat dan di keyin ke dalam sistem untuk kemaskini dan rekod
  • Pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi
Seorang pembantu tadbir adalah bertanggungjawab ke atas pengendalian peralatan perhubungan atau komunikasi seperti telefon, lcd, laptop dan yang lainnya mengikut keperluan jabatan berkenaan

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Doa Qunut Subuh