Zikir Harian Pagi Dan Petang

Zikir Harian Pagi Dan Petang

Zikir atau berzikir adalah salah satu perbuatan yang diungkapkan menerusi pancaindera lidah dan mulut, dengan menyebut serta mengagungkan atau Allah SWT dan Junjungan Nabi Muhammad SAW. 

Zikir selalunya dilakukan selepas selesai menunaikan solat fardu atau solat sunnat, samaada di ruamh, surau atau pun masjid - masjid. Dalam pada itu, berzikir juga sebenarnya boleh dilafazkan sentiasa dimana - mana sahaja dengan niat serta lafaz yang sederhana. Perbuatan ini sangatlah berfaedah kerana sentiasa mengingati kebesaran Ilahi dan dalam masa sama ketenangan akan dinikmati ketika melakukan sebarang perkara atau aktiviti. 



Allah SWT berfirman:

 يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَٰلُكُمْ وَلَآ أَوْلَٰدُكُمْ عَن ذِكْرِ ٱللَّهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْخَٰسِرُونَ


Artinya: "Hai orang-orang beriman, janganlah harta-harta kalian dan anak-anak kalian melalaikan kalian dari mengingat Allah. Barang siapa berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (QS. al-Munaafiquun [63]:9).


Zikir Harian Pagi Dan Petang


Subahann Allah, Walhamdulillah, Allahuakbar


Umumnya, terdapat banyak manfaat kebaikan yang dinikmati apabila berzikir dengan niat yang ikhlas dan betul, antaranya;
  • Memberi ketenangan rohani dan jasmani dalam apa juga perkara atau perbuatan yang dilakukan, samada perkara tersebut sulit atau mudah
  • Sentiasa mendapat keberkatan rezeki atau sumber yang diperolehi, ini kerana dengan selalu mendahulukan ungkapan zikir, rasa kesyukuran yang tinggi akan tersemat dalam sanubari
  • Menjadi insan yang lebih mulia, soleh dengan cenderung kepada melakukan perkara - perkara yang baik
  • Mendapat atau meningkatkan ilmu pengetahuan dan dalam masa sama mempunyai peluang yang tinggi untuk membimbing atau mengajar generasi baharu

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian