Amalan Agar Rezeki Melimpah

Amalan Agar Rezeki Melimpah

Kebiasaanya selepas menunaikan solat fardhu subuh, rata - ratanya di antara setiap insan ada yang menyambung untuk tidur dengan lebih lena.

Namun demikiaan, tahukah kita terdapat banyak amalan - amalan yang membawa manfaat kebaikan jika dilakukan. Seperti yang tahu, pintu rezeki terbuka luas, apabila selesai menunaikan solat fardhu subuh.

Dalam pada itu, lafazkanlah dan ungkapkan setia doa ini, selepas selesai menunaikan solat fardhu subuh agar rezeki yang dicari setiap hari akan dipermudahkan dan berlimpah tuah.


Allahumma innii as-aluka ‘ilman naafi’a, wa rizqon thoyyibaa, wa ‘amalan mutaqobbalaa.


Amalan Agar Rezeki Melimpah



Lanjutan daripada itu, terdapat banyak cara untuk membuka rezeki dan amalan yang baik agar rezeki melimpah ruah dan berterusan. Berikut adalah beberapa amalan murah rezeki yang mustajab, dikongsikan bersama serta di amalkan, usaha yang gigih disertai dengan doa kepada Allah SWT, pastinya akan mendatangkan hasil;

  • Memperbanyakkan istighfar dan zikir kepada Allah SWT dan junjungan Nabi Muhammad SAW
  • Meningkatkan amal ibadah kepada Allah
  • Tidak melakukan dosa dan menghindarinya  daripada melakukannya walau dengan apa daya usaha sekali 
  • Sentiasa menghormati dan berbuat baik serta sering mendoakan kesihata, sejahteraan dan kebaikan ibu bapa
  • Sentiasa mengamalkan semua doa murah rezeki selepas selesai menunaikan solat fardhu atau di mana dan bila - bila masaha sahaja
  • Memperbanyakkan sedekah kepada mereka yang memerlukan
  • Sentiasa membantu dengan memberi pertolongan atau menolong mereka yang lemah
  • Memudahkan urusan orang lain dengan penuh ikhlas atau menunaikan hajat mereka
  • Sentiasa bersifat positif dengan berbuat baik sesama insan dan menjaga silaturahim
  • Sentiasa memuliakan tetamu yang datang bertandang ke rumah, menjamu dengan juadah yang enak dan menyelerakan
  • Menunaikan solat dhuha setiap hari tanpa henti
  • Sering bersyukur dengan setiap pemberian Allah dan sentiasa berusaha
  • Tidak berputus asa untuk berdoa untuk mohon agar dipermudahkan rezeki dan segala urusan harian
  • Bertawakal kepada Allah SWT dan penuh keyakinan
  • Tidak pernah rasa jemu atau alfa dalam rezeki yang diberikan, malahan sentiasa mensyukurinya dengan ikhlas
  • Bergaul dengan sahabat yang lain agar keutuhan silaturrahim semakin mantap dan harmoni

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian