Amalan Di Hari Jumaat Dapat Pahala

Amalan Di Hari Jumaat Dapat Pahala

Hari jumaat adalah penghulu segala hari dan hari ini juga adalah hari yang penuh dengan keberkatan serta banyak terjadinya peristiwa - peristiwa kebaikan sejak zaman rasulullah saw. Kitab suci al- quran juga di turunkan pada hari jumaat.

Amalan Di Hari Jumaat
Dapat Pahala



Lanjutan daripada itu, terdapat banyak amalan yang boleh di lakukan pada hari jumaat dan ianya membawa berkat atau mendapat ganjaran pahala, antaranya adalah;
  • Membaca kita suci al- quran adalah salah satu tindakan yang baik, ia bukan sahaja mendapat ganjaran pahala, malahan juga menjadi insan yang pandai membaca serta memahaminya pada masa - masa mendatang.
  • Mandi dengan air yang bersih pada hari jumaat akan mendapat ganjaran pahala yang baik. Ini kerana dengan mandi, anggota badan akan menjadi sihat cergas dan bersih.
  • Memotong kuku, membersihkan kuku adalah salah satu sunnah dan mendapat ganjaran pahala, ini kerana kuku yang bersih mampu memberi keselesaan yang baik.
  • Bersedekah di hari jumaat pastinya akan mendapat ganjaran pahala yang baik. Dalam pada itu, amalan sedemikian juga mendapat berlipat ganda rezeki tanpa di duga. Dalam masa sama, ia juga secara tidak langsung dapat membantu golongan yang susah untuk menjadi senang dan selesa.


Selain daripada itu, pada hari jumaat juga adalah sangat baik membaca dan seterusnya menghafal surah al - khafi.

Sabda Rasulullah SAW: "Barang siapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Kaabah." (Riwayat al-Darimi)

Dalam sebuah lagi hadis, baginda SAW bersabda: "Barang siapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat." (Riwayat al-Baihaqi)

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Hidangan Shell Out Menyelerakan