Bantuan Kewangan Rakyat Tahun 2022

Bantuan Kewangan Rakyat Tahun 2022

Inisiatif bantuan kewangan rakyat bagi tahun 2022 yang akan datang dikategorikan dan difokuskan kepada tiga (3) komponen atau inisiatif utama, antaranya adalah seperti berikut;


1. Bantuan Keluarga Malaysia

Pemberian bantuan tunai langsung secara bersasar:

  • Isi rumah (<RM2,500)*: RM1,000 - RM2,000
  • Isi rumah (RM2,501 - RM5,000)*: RM400 - RM800
  • Ibu/Bapa Tunggal (<RM5,000)*: RM500 tambahan
  • Warga Emas (<RM5,000)*: RM300 tambahan
  • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)*: RM600
  • Bujang (<RM2,500)*: RM350

*(Pendapatan Bulanan)

#Kewangan #B40 #BKM #WargaEmas #IbubapaTunggal #Bujang

Bantuan Kewangan Rakyat
Tahun 2022


2. Skim Jaminan Kredit Perumahan Ditingkatkan

Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan pekerja gig, pengusaha kecil dan petani yang sukar membeli rumah kerana tiada pendapatan tetap

#Kewangan #PembiayaanRumah #Perumahan #PekerjaGig #PengusahaKecil #Petani


3. Program E-Start
(Skim Teransaksi Tanpa Tunai)

Meringankan beban kewangan dan menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi

RM150 akan dikreditkan secara sekali bayar ke dalam akaun e-dompet para belia

#Kewangan #PelajarIPT #18-20tahun #eStart

sumber : mof (bajet 2022)


Lantaran daripada itu, dengan adanya bantuan seumpama ini, ianya sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan isirumah yang di hadapi khususnya dalam kehidupan norma baharu.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian