Cara Kawal Tekanan

Cara Kawal Tekanan

Tekanan adalah salah satu penyakit yang di alami oleh seseorang apabila berhadapan dengan pelbagai situasi atau masalah disebabkan oleh masalah peribadi, kewangan, pergaduhan, dan lain - lain lagi yang boleh menganggu emosi serta akal fikiran.

Tekanan haruslah d kawal dengan positif agar ianya lebih harmoni dan tidak membebankan kesihatan anggota badan. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengawal tekanan, dan salah satunya adalah meletupkan bubble wrapped.

Cara Kawal Tekanan

Selain daripada itu, terdapat juga cara yang lainnya untuk mengawal tekanan dengan bijak, antaranya seperti berikut :


Melakukan Amal Ibadat

Sekiranya anda mengalami tekanan, anda boleh melakukan ibadat  seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing.  Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.

Berkongsi perasaan dengan seseorang

Langkah atau tindakan bercakap dengan ahli keluarga atau  kawan-kawan rapat  yang di percayai dan dapat memahami perasaan anda .  Luahkanlah dan kongsi perasaan yang di alami dengan mereka.
Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , secara automatiknya, anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi.  Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri

Bersukan 

Bersukan adalah di antara cara yang mampu mengurangkan dan mengawal tekanan yang dijadapi. Bersukan pastinya akan melahirkan kegembiraan kerana apabila kemenangan dapat dikecapi sudah pasti ia akan memberi keserinokan yang teramat tinggi dan melegakan

Berkaraoke

Berkaraoke adalah salah satu tindakan yang mengembirakan apabila menyayikan sesuatu lagilu yang digemari. Suara yang dilontarkan pasti akan memberi kepuasan dalam diri serta perasaan. Lantaran daripada itu juga, dengan menyanyikan lagi, secara tidak langsung kelegaan di otak atau emosi akan di rasai ekoran melontarkan  suara yang nyaring

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian