MUET atau nama penuhnya Malaysian University English Test, adalah salah satu peperiksaan yang dilakukan bagi mengukur tahap pemahaman dan pengetahuan calon - calon terhadap Bahasa Inggeris. Sijil MUET adalah sangat penting, ia juga perlu ada dan merupakan salah satu keperluan syarat yang ditetapkan oleh Univiersiti - Universiti untuk memasuki pengajian khususnya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Cara Pendaftaran Muet Calon Sekolah Atau Institusi |
Terdapat beberapa perkara yang telah ditetapkan untuk mendaftar MUET bagi calon Sekolah atau Institusi. Berikut adalah cara pendaftaran MUET bagi calon - calon dari Sekolah atau Institusi, antaranya;
- Pendaftaran calon sekolah/institusi dibuat secara dalam talian melalui portal. MPM http://www.mpm.edu.my atau pautan terus di http://online.mpm.edu.my.
- Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (SPP JPN) hendaklah terlebih dahulu mengemaskinikan maklumat sekolah/institusi yang akan menjadi pusat ujian sebelum pendaftaran dibuka.
- Pengetua/Ketua Jabatan sekolah/institusi hendaklah memaklumkan nama Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah/institusinya kepada SPP JPN dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD).
- Taklimat tentang kaedah pendaftaran secara dalam talian di peringkat daerahkepada semua SUP sekolah/institusi hendaklah diberikan oleh PPD.
- Pihak sekolah/institusi juga boleh mendapatkan maklumat tentang pendaftaran calon ujian MUET untuk sekolah/institusi melalui portal MPM.
- Pihak sekolah/institusi perlu mendapatkan Nama Pengguna dan Kata Laluan daripada SPP JPN untuk log masuk ke dalam sistem pendaftaran dalam talian ini. SUP sekolah/institusi dinasihatkan untuk memuat turun/mencetak Manual Sekolah di http://online.mpm.edu.my yang terpapar pada ikon “Sekolah/Institusi” untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran dalam talian tersebut.
- Pengetua/Ketua Jabatan sekolah/institusi hendaklah mengarahkan SUP untuk menguruskan pendaftaran sekolah/institusinya dengan mengambil tindakan yang berikut:
- Mengemaskinikan maklumat sekolah yang terdapat dalam sistem pendaftaran dalam talian.
- Mengisi data maklumat pendaftaran calon bagi sekolah/institusinya yang ingin menduduki MUET.
- Mengenalpasti Calon Berkeperluan Khas (CBK) dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota (spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau/gagap), dan selain daripada yang dinyatakan, dan mendaftarkannya bersama-sama dengan calon lain. Calon buta atau rabun ini mesti didaftarkan pada urutan pertama dan seterusnya bagi memudahkan MPM menyediakan kertas soalan Braille/Cetakan Besar untuk Ujian Speaking pada Booklet 1 sahaja.
- Membuat permohonan bagi mendapatkan kemudahan dan keistimewaan sebagai calon CBK seperti tindakan pada para 6.
- Memastikan nombor PIN MEC disediakan dengan secukupnya oleh calon sekolah/institusi yang ingin menduduki ujian MUET. Nombor pengenalan diri calon pada PIN MEC juga hendaklah dipastikan betul bagi memastikan pendaftaran dapat dibuat tanpa sebarang masalah.
- Menyemak maklumat awal pendaftaran calon melalui Penyata Pendaftaran MUET (MUET/PP) seperti ejaan nama, nombor pengenalan diri, dan maklumat lain yang tercatat pada MUET/PP adalah betul, dan mengemaskinikannya jika terdapat pindaan oleh calon sebelum sistem pendaftaran ditutup. MUET/PP ini boleh digunakan sebagai bukti pendaftaran telah dibuat bagi menuntut Slip Daftar MUET (MUET/D) calon (jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D). Tiada MUET/PP bermaksud pendaftaran calon tersebut tidak berjaya/tidak lengkap.
- Memastikan data maklumat pendaftaran calon adalah betul sebelum membuat pengesahan secara dalam talian.
- Menyemak MUET/D bagi calon sekolah/institusinya dan menyediakan buku log bagi merekodkan penyemakan MUET/D oleh calon.
- Memaklumkan ke SPP JPN atau MPM (u.p Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) di talian 03-6126 1661/1662 atau emel ke psm@mpm.edu.my dengan kadar SEGERA, jika terdapat calon yang telah didaftarkan tiada dalam semakan MUET/D (maklumat calon sekolah/institusinya tercicir).
- Mematuhi tarikh akhir talian pendaftaran dalam talian dibuka dan penghantaran maklumat pendaftaran/bahan/dokumen pendaftaran yang berkaitan seperti yang telah ditetapkan oleh SPP JPN.
Sumber : MPM
0 Comments