Doa Baik Pada Hari Jumaat

Doa Baik Pada Hari Jumaat

Doa yang baik pada hari jumaat pasti akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Hal ini kerana Allah SWT maha penyayang dan mengasihani.

Sebaik - baik hari bagi ummat islam adalah pada hari jumaat yang mana di panggil "saiyyudul ayyam" iaitu penghulu segala hari. Hari jumaat adalah hari yang paling baik dan mulia di siai Allah SWT.

Doa Baik Pada Hari Jumaat


Doa boleh di lafazkan dalam bahasa yang diketahui, namun jika tahu bahasa arab, ia adalah yang paling afdal. Oleh itu, bersempena hari jumaat yang mulia ini, mari kita bersama - sama membaca doa semoga mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Ya Allah SWT ya tuhan kami, kami bermohon kepadamu ya Allah Allah SWT.

Ampunilah dosa - dosa kami, dosa - dosa kedua orang tua kami, samaada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Ya Allah SWT, engkau permudahkanlah urusan pencarian rezeki kami. Sihatkanlah anggota tubuh badan kami, roh nyawa kami, mental fizikal kami, rohani dan jasmani kami, agar kami sentiasa utuh dan kuat mengerjakan apa yang di amanahkan dan menghindari serta membenteras apa yang di larang.

Ya Allah SWT tetapkanlah dan teguhkanlah amal ibadah kami agar kami tergolong dalam orang - orang yang beriman. 

Ya Allah ya tuhan kami, panjangkan usia kami dan perbanyakkanlah zuriat keturunan kami, dan jadikanlah mereka dari kalangan orang - orang soleh dan soleha.

Ya Allah SWT didiklah diri kami untuk menerima segala keperitan serta kepahitan hidup dengan sabar dan redha kerana setiap kepahitan itu engkau telah janjikan kemanisan Yang tidak terperi manisnya.

Ya Allah SWT.  hanyalah kepada mu kami bermohon dan berserah. Semoga hari jumaat yang baik dan indah ini, berkatilah doa kami.
Aaminn ya rabbal alamin

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Peluang Kerjaya Trending