Doa Bila Terjaga Tengah Malam

Doa Bila Terjaga Tengah Malam

Doa boleh di lafazkan atau diungkapkan pada bila - bila sahaja, yang penting bertepatan dengan perkara yang di mahu.

Berdoalah sentiasa samada belum atau bila di landa musibah, ini kerana doa adalah senjata utama muslimin muslimat yang paling berbisa daripada yang lainya.

Lanjutan daripada itu, demikianlah juga, bila terjaga di tengah malam hari, maka ada baiknya membaca doanya seperti berikut :


Doa Bila Terjaga Tengah Malam


Dari `Ubadah bin Shamit Radhiallahu'anhu, dari Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam beliau bersabda: "Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، اَلْحَمْدُ لِلَّهِ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa `alaa kulli syai-in qodiir, alhamdulillaah, wa subhaanallaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.

Ertinya ; Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. Baginya kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Segala Puji bagi Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Hidangan Shell Out Menyelerakan