Doa Mudah Dapat Jodoh

Doa Mudah Dapat Jodoh

Lazimnya, doa adalah senjata utama untuk meminta atau memohon sesuatu perkara yang di inginkan daripada Allah SWT. Doa yang baik pastinya akan mendapat jawapan atau balasan yang baik, dan sebaliknya.

Justeru daripada itu, demikianlah juga doa mudah dapat jodoh bagi lelaki dan perempuan seperti pada doa yang dikongsikan dibawah untuk pengetahuan dan peningkatan bersama, serta bolehlah di baca khususnya kepada mereka yang belum bertemu jodoh atau pasangan :



Doa Mudah Dapat Jodoh


Doa mudah dapat jodoh untuk lelaki.



Ertinya: Ya Allah, berikanlah kepada ku isteri terbaik dari sisi-Mu, isteri aku lamar dan nikahi, dan isteri yang menjadi sahabat ku dalam urusan agama, urusan dunia serta di akhirat nanti.


Doa mudah dapat jodoh untuk perempuan.




Ertinya: Ya Allah, berikanlah kepada ku suami terbaik dari sisi-Mu, suami dan menjadi sahabat ku dalam urusan agama, urusan dunia serta di akhirat nanti.
Sumber : remaja


Lanjutan daripada itu, semoga yang membaca dan mengamalkan doa akan bertemu jodoh yang baik sehinggah ke jannah  dan mempunyai zuriat keturunan yang ramai dan baik - baik dengan cepat, aamiinn.

Di samping itu juga, dalam memantapkan amalan doa, tingkahlaku atau perbuatan haruslah juga di mantapkan agar mencerminkan diri sebagai sesorang yang berkualiti baik dan mendapat tempat yang mulia. Berikut adalah tindakan atau perbuatan - perbuatan yang baik dan membawa kepada kemampanan sifat atau tabiat, antaranya adalah :
  • Sentiasa menghormati orang tua dalam apa juga aspek dan keadaan.
  • Bersedekah, dengan membantu mereka yang memerlukan mengikut keupayaan dan kemampuan
  • Sentiasa berusaha demi kemajuan serta pembangunan diri dan ummah
  • Meningkatkan kepatuhan terhadap perkara - perkara yang di amanahkan dan menghindari serta mencegah perkara yang di larang
  • Memperbanyakkan amal ibadah
  • Berkongsi dan mengajak rakan - rakan tentang maklumat yang baik

Umumnya, seperti yang sedia maklum bahawa qada dan qada itu telah ditetapkan oleh Allah SWT, ia juga merangkumi kepad jodoh pertemuan, hidup mati, dan rezeki lainya, namun perlu juga di ketahui bahawa rezeki itu memang banyak dan luas, ianya tidak akan datang bergolek sendirinya, melainkan di lakuan dengan beberapa perkara iaitu, doa, usaha dan tawakkal. Allah SWT maha penyayang dan maha mengasihani.

Oleh yang demikian, semoga maklumat ini memberi manfaat dan membuka sedikit sebanyak minda ilmu pengetahuan bersama dalam menjadi insan yang berilmu. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan