Doa Naik Kenderaan

Doa Naik Kenderaan

Berdoa adalah salah satu perbuatan yang baik dan mendapat berkat serta pahala, sebelum melakukan sesuatu perkara. Sebagaimana pada maksud di bawah.
Maksudnya:
“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina”.
Doa Naik Kenderaan

Justeru daripada itu, bersama ini dikongsikan adalah doa menaiki kenderaan untuk penrkongsian bersama. 


DOA MENAIKI KENDERAAN SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ.
(al-Zukhruf 13-14)

Supaya tujuan perjalanan kita tertunai, maka bacalah ayat al-Kursi sebagaimana pesanan Rasulullah SAW kepada Saidina Ali,

يا علي: إذا خرجتَ منْ منزلك تريدُ حاجةً فاقْرَأ آية الكرسي، فَإن حاجتك تقضى إن شاء الله تعالى

Yang bermaksud: Wahai Ali, jika kamu keluar dari rumah untuk hajat yang sangat penting maka bacalah ayat al-Kursi nescaya hajat kamu akan tercapai dengan keizinan Allah swt[1].

Manfaat berdoa semasa menaiki kenderaan sebelum memulakan perjalanan, antaranya :
  • Mendapat perlindungan daripada Allah SWT sebelum dan sepanjang perjalanan
  • Urusan menjadi mudah
  • Terhindar daripada sebarang kecelakaan yang tidak diingini
  • Sentiasa tenang semasa memandu sepanjang perjalanan
  • Mendapat ganjaran pahala yang baik kerana mendahului Allah SWT dalam apa juga perkara yang di lakukan

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian