Menghadiri majlis ilmu walau dimana sahaja sama ada di masjid, surau atau yang bersesuaianya denganya adalah satu perbuatan atau tindakan yang baik dan bijaksana. Lazimnya terdapat banyak kebaikan jika sering kali menghadiri majlis - majlis ilmu, dan seperti ditegaskan pada ayat berikut ; Datangilah majlis ilmu, karena disanalah kita mendapati adanya kebaikan yang banyak. الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ “Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” [Ar-Ra’d: 28] |
Kebaikan Menghadiri Majlis Ilmu
Walaupun hari ini kemajuan menerusi kemudahan era teknologi yabg canggih, yang mana capaian informasi hanya di hujung jari sahaja, namun, ketahuilah bahawa menghadiri majlis ilmu ialah tempat yang paling mulia di sisi Islam. Sesiapa yang menghadirinya, ALLAH SWT menjanjikan banyak ganjaran kepada kita. |
0 Comments