Pendidikan adalah sangat penting dalam aspek memantapkan diri kepada lebih cemerlang dalam semua aspek, tidak kira dalam pelbagai bidang.
Trend pembelajaran bekerja sambil belajar tidak asing lagi pada masa kini kerana ia mampu dilakukan demi cita - cita yang di impikan.
Lazimnya, terdapat banyak kelebihan bekerja sambil belajar, antaranya;
- Dapat membiayai kos pendidikan secara sendiri tanpa perlu mendapatkan pinjaman daripada mana - mana sumber atau pertolongan sanak keluarga.
- Dapat meluaskan minta dengan lebih matang dan berkesan.
- Mampu menjawab soalan peperiksaan dengan mudah, kerana jawapan boleh di aplikasikan dengan pengalaman kerja.
- Dapat mengecapi dua perkara dalam masa serentak, iaitu pengalaman kerja dan proses pembelajaran.
- Dapat berpeluang bertemu kenalan baharu yang sama - sama dari sektor industri, dan boleh bertukar - tukar pendapat dan pandangan.
- Keyakinan yang tinggi untuk belajar kerana telah ada pengalaman kerja.
- Kos dapat di minimumkan kerana tidak keberhutangan.
- Mampu serta berkebolehan merancang serta mengatur masa dengan efektif dan berkesan.
- Mengisi masa lapang yang baik dengan perkara - perkara yang berfaedah dan bermanfaat.
0 Comments