Kenderaan kereta api merupakan salah satu lenderaan yang panjang dan bergerak di atas landasan besi yang di khaskan. Kenderaan ni bersambung antara beberapa gerabak dan bergerak secara serentak.
Kereta api juga disebut rel baja yang diletakkan untuk menggunakan kenderaan beroda besi. Ini adalah susun atur yang memberikan kemudahan besar dalam pengangkutan kereta api. Istilah kereta api digunakan hari ini dari segi kenderaan, stesen, jambatan dan terowong serta kereta api perusahaan. Tahukah anda bahawa, Kenderaan kereta api pertama dibina adalah di Negara England. Tujuan pembuatanya adalah untuk memudahkan pengangkutan arang batu di lombong ke kawasan yang di tuju. Ia pertama kali diadakan di Sheffield pada tahun 1776. Umumnya, kereta api pertama diperkenalkan untuk orang ramai ialah pada tahun 1801.
Kelebihan Kenderaan Kereta Api |
Lazimnya terdapat banyak kelebihan kenderaan kereta api berbanding kenderaan darat yang lainnya, antaranya adalah seperti berikut:
- Kelajuan kenderaan kereta api mampu menjimatkan masa perjalanan. Hal ini kerana landasan kereta api dibina lurus.
- Menjimatkan kos dan tenaga pengangkutan, ini kerana dengan adanya kenderaan kereta api, secara tidak langsung ia dapat memunggah penumpang dan, atau barangan yang banyak dalam satu - satu, berbanding kenderaan lain terpaksa berulang alik.
- Meningkatkan sosio ekonomi seswbuah negara. Adanya kendeeaan keretapi yang baik, mampu menyumbang ekonomi khususnya kepada sektor pelancongan.
- Mewujudkan lebih banyak ruang dan peluang pekerjaan di sesebuah negara.
0 Comments