Solat adalah tiang agama, ia juga merupakan salah satu perkara yang di amanahkan oleh Allah SWT kepada seluruh ummat manusia di muka bumi ini.
Mendirikan solat adalah perkara yang wajib dilakukan, ianya meliouti solat fardhu dan solat - solat yang lainnya.
Kelebihan mendirikan solat, antaranya adalah seperti berikut :
- Mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT untuk bekalan akhirat kelak
- Mendapat ketenangan rohani dan jasmani
- Dapat melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan Allah SWT sepanjang hidup di dunia
- Mudah melaksanakan kerja seharian lerana mendahulukan Ilahi dan sentiasa berada dalam lindungannya
- Mendirikan solat dapat membantu diri sendiri, keluarga dan masyarakat untuk membina generasi yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang baik.
- Membantu dalam menangani pelbagai gejala sosial yang boleh merosakkan kehidupan masyarakat seperti rasuah, membunuh, merompak, zina dan perbuatan maksiat yang lain.
- Sembahyang adalah menjadi kunci utama untuk kita mendapatkan rezeki yang halal dan diberkati oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
- Kelebihan solat juga menjadikan diri lebih bersemangat serta kelihatan berseri - seri
Kelebihan Mendirikan Solat |
Mendirikan solat, samaada solat fardhu, solat sunnat, ianya boleh dilakukan samaada di Masjid, Surau atau di Rumah masing - masing. Namun adalah paling afdal di lakukan secara berjamaah di Masjid atau Surau. Dakam oada itu juga, solat boleh dilakukan d mana - mana sahaja mengikut kesesuaian dan tempat berkenaan perlulah selesa dan bersih. Mengadap kiblat dan khusyuk serta berwuduk bersih haruslah di utamakan ketika hendak mendirikan solat.
Mendirikan solat secara berjamaah, bukan sahaja mendapat ganjaran pahala yang lumayan, malahan ia juga mampu mengeratkan ikatan silaturrahim sesama insan.
0 Comments