Kelebihan Menyimpan Emas

Kelebihan Menyimpan Emas

Emas merupakan salah satu batuan yang terdapat dalam permukaan bumi. Ia wjud secara semulaji dan serta perlu memerlukan kaedah galian atau melombong bagi mendapatkannya. Ia berwarna kekuningan dan berkilau serta mempunyai nilai yang tinggi di pasaran dunia.

Statistik menunjukkan bahawa harga emas di pasaran sentiasa turun naik mengikut pasaran, namun harga tetap di tingkat siling yang tinggi. Berikut adalah pasaran siling emas untuk lima tahun.

Tahun 2003: 1gram emas bersamaan = RM30
Tahun 2008: 1gram emas bersamaan = RM80
Tahun 2015: 1gram emas bersamaan = RM150
Tahun 2018: 1gram emas bersamaan = RM180
Tahun 2020: 1gram emas bersamaan = RM220

Kelebihan Menyimpan Emas




Lazimnya terdapat banyak kelebihan menyimpan emas, antaranya adalah seperti berikut ;
  • Aset jangka panjang yang boleh digunakan untuk persiapan atau keperluan di masa hadapan. Semakin lama di simpan, nilainya akan bertambah namun mengikut pasaran 
  • Emas tidak boleh di manipulasi, ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. 
  • Emas berbeza dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. 
  • Merupakan perhiasan diri khususnya kaum wanita, ini kerana nilainya yang berharga dan membuatkan anggun serta bangga jika memakainya.
  • Penjana pendapatan di masa sekarang dan hadapan. Ini kerana emas boleh digadai di mana - mana bank atau gadaian emas untuk di laburkan atau di tebus dengan wang ringgit
  • Emas juga boleh dijadikan instrumen pelaburan kerana harganya bergerak naik dan turun setiap masa. Dengan membeli emas pada harga rendah dan jual ketika harga emas naik, kita boleh jana pendapatan yang lumayan. Malah emas juga dikenali oleh pelabur sebagai ‘safe heaven’ bermaksud emas ialah pelaburan yang paling selamat jika keadaan ekonomi dan politik semasa tak stabil.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Hidangan Shell Out Menyelerakan