Kepentingan Air Kepada Kehidupan

Kepentingan Air Kepada Kehidupan

Air merupakan salah satu keperluan asas seharian yang sangat penting, dan hampir keseluruhan aktiviti seharian memerlukan air, samaada kepada keperluan anggota badan ataupun sebaliknya.

Lazimnya, seperti yang kita sedia maklum, bahawa hampir 3/4 daripada permukaan bumi adalah kawasan berair. Begitu juga dengan tubuh badan manusia di mana 70% daripada komposisi tubuh manusia adalah air. Faktor kesihatan, dan amalan meminum air yang cukup akan dapat menghindarkan diri daripada berlakunya pendehidtratan dan mengekalkan amalan sihat kepada pembuangan air besar. Di samping itu juga, dengan kekerapan meminum air, ia secara tidak langsung membantu kepada kesihatan kulit dan rambut akan terjaga.



Kepentingan Air Kepada Kehidupan



Umumnya, terdapat beberapa kepentingan air dalam kehidupan harian, antaranya adalah seperti berikut:

  • Kegunaan air dalam kehidupan manusia juga adalah membersihkan makanan seperti membersihkan sayur-sayuran  dan buah buahan. 
  • Memasak, seperti memasak nasi dan membuat minuman 
  • Sebagai pencuci pakaian atau apa - apa sahaja barang yang kelihatan kotor
  • Sebagai pembersih diri iaitu untuk mandi, membuang air besar / kecil 
  • Sebagai sumber minuman yang bersih dan sihat
  • Sebagai menyiram tumbuh - tumbuhan di halaman rumah, seperti bunga, atau sayur - sayuran

Kepentingan air sememangnya tidak dapat dinafikan terhadap keperluan hidup seharian, kerana air adalah pemberi kesihatan kepada anggota tubuh badan manusia sepenuhnya. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan