Air merupakan salah satu keperluan asas seharian yang sangat penting, dan hampir keseluruhan aktiviti seharian memerlukan air, samaada kepada keperluan anggota badan ataupun sebaliknya.
Lazimnya, seperti yang kita sedia maklum, bahawa hampir
3/4 daripada permukaan bumi adalah kawasan berair. Begitu juga dengan tubuh badan manusia di mana 70% daripada komposisi tubuh manusia adalah air. Faktor kesihatan, dan amalan meminum air yang cukup akan dapat menghindarkan diri daripada berlakunya pendehidtratan dan
mengekalkan amalan sihat kepada pembuangan air besar. Di samping itu juga, dengan kekerapan meminum air, ia secara tidak langsung membantu kepada kesihatan kulit dan
rambut akan terjaga.
Kepentingan Air Kepada Kehidupan |
Umumnya, terdapat beberapa kepentingan air dalam kehidupan harian, antaranya adalah seperti berikut:
- Kegunaan air dalam kehidupan manusia juga adalah membersihkan makanan seperti membersihkan sayur-sayuran dan buah buahan.
- Memasak, seperti memasak nasi dan membuat minuman
- Sebagai pencuci pakaian atau apa - apa sahaja barang yang kelihatan kotor
- Sebagai pembersih diri iaitu untuk mandi, membuang air besar / kecil
- Sebagai sumber minuman yang bersih dan sihat
- Sebagai menyiram tumbuh - tumbuhan di halaman rumah, seperti bunga, atau sayur - sayuran
0 Comments