Kesan Buli

Kesan Buli

Buli merupakan salah satu perbuatan yang tidak bermoral dan tidak baik. Perbuatan ini hanya mendatangkan kesan negatif kepada keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat. 

Jenayah buli sering berlaku di mana sahaja kepada siapa sahaja demi kepuasan diri sendiri. Perbuatan seumpama ini hanyalah sia - sia dan tidak mendatangkan faedah. Gambarajah milik empunyanya, di bawah menunjukkan bagaimana kesan negatif kepada magsa buli dan pembuli yang tidak membawa kemajuan positif untuk pengetahuan serta kesedaran bersama.

Kesan Buli

  • Meruntuhkan ummah atau silaturrahim di kalangan masyarakat
  • Peningkatan gejalah yang tidak bermoral di kalangan masyarakat
  • Mereka yang dibuli akan merasa kemurungan dan takut
  • Mangsa buli akan fobia serta tidak bersemangat untuk melakukan kerja - kerja
  • Sifat dendam antara satu sama lain akan menebal dalam diri, dan berkemungkinan membawa kepada perbuatan di luar jangkaan yang tidak dingini
  • Mangsa buli akan menjadi insan yang lemah dan tidak berupaya membentuk jadi diri
  • Perasaab takut dan tidak mahu bergaul dengan masyarakat lainnya
Justeru daripada itu, hentikan perbuatan buli kerana ia adalah salah satu perbuatan yang tidak ada kemajuan atau berintegriti pada diri. Kukuhkanlah ikatan silaturrahim dengan lebih harmoni agar seuatu keluarga yang indah dan bersih dapat di bentuk dan dihasilkan.

Jauhi dan benci perbuatan buli, dan marilah bersama - sama membenteras gejalah buli walau di mana sahaja tanpa mengira siapa dan latarbelangkan sejarahnya. 

Tambahan daripada itu, menurut kajian yang dijalankan oleh University of Virginia menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menghadiri sekolah dengan iklim buli yang teruk sering mempunyai markah yang lebih rendah pada ujian standard. Buli juga memberi kesan kepada pelajar yang menyaksikannya. Sebagai contoh, kanak-kanak mendapat markah lebih rendah pada ujian standard di sekolah dengan banyak membuli daripada kanak-kanak di sekolah dengan program anti-bullying yang berkesan.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian