Operasi Sekolah Mula 21 Dan 23 November Di Lima Negeri

Operasi Sekolah Mula 21 Dan 23 November Di Lima Negeri

Hasil daripada semakan daripada sumber- sumber media yang sahih mencatitkan bahawa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa pengoperasian bagi institusi pendidikan di bawah seliaannya di Kedah akan mula beroperasi pada 21 November tahun ini.

Dalam pada masa yang sama, KPM juga mengeluarkan satu kenyataan berkata bagi institusi pendidikan di Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Sabah pula, operasinya akan bermula pada 22 November tahun ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga menerusi kenyataannya tambahan pada Isnin memaklumkan, bahawa pengoperasian tersebut melibatkan kehadiran murid - murid secara bersemuka dari Tahun Satu hingga Tahun Enam di sekolah rendah serta kelas peralihan dan Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat di sekolah menengah.


Operasi Sekolah Mula 21 Dan 23 November
Di Lima Negeri 



Lanjutan daripada itu juga, tarikh pengoperasian itu mengambil kira pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 5 November lalu berkaitan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah berkuat kuasa hari ini. Bh Online


Dalam pada itu juga, dengan tindakan yang telah di kuatkuasakan dan juga pentingnya pendidikan kepada anak - anak, marilah kita sentiasa bersiap siaga dan meningkatkan kepatuhan bersama terhadap sop yang telah ditetapkan agar kita bersama - sama berjaya mengawal dan seterusnya membenteras pendimik yang masih berada dalam komuniti. Panjatkan juga doa pada Ilahi agar usaha yang dilakukan bersama sentiasa mendapat keberkatannya dan lindungannya. 

Semoga anak - anak yang kembali ke sekolah akan terus cekal dan kuat serta berjaya menjadi insan yang berilmu kepada bangsa, masyarakat dan negara suatu hari kelak

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia