Masjid bandaraya atau singkatannya MBR, merupakan salah satu masjid yang terletak di kawasan Likas, Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
Panorama masjid ini sangat menarik dan mempersona sehinggakan menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara. Kawasan dalam ruang solat masjid yang luas sangat selesa untuk para jemaah melaksanakan amal ibadah.
Masjid ini juga dikenali masjid terapung kerana kedudukan di bina di atas air dan berhadapan dengan laut ( pantai teluk likas ), jika di lihat dari sudut pandangan atas dan tepi. Persekitarannya sangat sejuk kerana ia dikelilingi oleh air laut. dan juga tiupan angin yang nyaman.
Panorama Masjid Bandaraya |
Sekeliling masjid juga di tempatkan banyak gerai - gerai makanan dan minuman bagi memudahkan para jamaah dan pengunjung menikmati santapan, takkala menunggu waktu solat secara berjamaah.
Di samping itu juga, terdapat kedai runcit serta kedai serbaneka lain yang menjual pelbagai barang - barang dengan kadar harga yang berpatutan.
Menjurus pada panorama masjid bandaraya, kemudahan asas juga disediakan seperti tempat berwuduk, tandas, kemudahan parking lenderaan yang luas dan lain - lain lagi, serta kemudahan mesin atm (bank islam).
Lanjutan daripada itu juga, di masjid bandaraya kota kinabalu ini, disediakan sekolah agama, bagi memudahkan ibu bapa untuk menghantat anak - anak mereka belajar khususnya skop keagamaan. Guru - gurunya juga terdiri daripada yang berpengalaman dan bertauliah.
Masjid ini dibuka kepada orang ramai untuk menunaikan solat secara berjamaah dan juga penganjuran majlis - majlis ilmu. Untuk penganjuran sebarang aktiviti, penganjur haruslah berurusan dengan kakitangan yang mentadbir masjid berkenaan, dan rata - ratanya mereka sangat harmoni.
Lazimnya para pengunjung atau orang ramai yang selesai menunaikan solat di masjid bandaraya, mereka mengambil kesempatan untuk berjalan - jalan sambil bersiar - siar di persekitaran masjid dan juga pantai teluk likas yang berdekatan dengan masjid berkenaan.
0 Comments