Panorama Pekan Kinarut

Panorama Pekan Kinarut

Pekan kinarut merupakan salah satu pekan yang terletak di Negeri Sabah. 

Pekan ini di huni oleh pelbagai suku kaum yang mana mereka duduk sebumbung dalam satu suasana yang harmoni dan ceria.

Lokasi Pekan Kinarut tidak jauh dari pintu atau laluan antarabangsa udara atau terminal utama Bandaraya Kota Kinabalu. Perjalanan hanya memgambil 20 minit dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.



Di pekan kinarut terdapat banyak bangunan - bangunan lama dan baharu yang tersegam indah, dan mempunyai corak serta citarasa binaan tersendiri.
Selain daripada supermarket sederhana, dan kedai - kedai runcit, di Pekan Kinarut juga terdapat pasar - pasar tamu, pasar harian yang mana pengusahanya menjual barang - barang segar dari kebun dan ladang.


Panorama Pekan Kinarut



Dalam pada itu, terdapat juga gerai - gerai makan serta restoran yang menyajikan makanan - makanan serta minuman yang menyelerakan. Di samping itu, kemudahan - kemudahan asas seperti Masjid, surau, tandas awam, mesin ATM juga disediakan di Pekan bekenaan bagi memudahkan para penduduknya serta pengunjung agar lebih selesa dan tidak pelu ke Daerah lain.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia