Tawau bumi peladang, dan merupakan salah satu daerah yang terletak di Negeri Sabah yang mana di huni oleh pelbagai suku kaum dan duduk dengan harmoninya.
Justeru daripada itu, daerah Tawau juga telah mempunyai pasar malam atau night market yang mana meriah untuk di kunjungi. Ia beroperasi setiap malam minggu di jalan chester.
Pasar MalamTawau |
Lanjutan daripada itu juga, dengan adanya pasar malam seumpama ini, ia memberi satu peluang kepada peniaga kecil - kecilan untuk menjana pendapatan. Dalam masa sama menjadi salah satu daya tarikan pelancong.
Pasar malam ini sangat meriah dan dikunjung oleh penduduk di sekitarnya. Terdapat banyak gerai - gerai yang menjual pelbagai jualan seperti makanan dan minuman, barang permainan kanak - kanak, pakaian dan lain - lain lagi. Dalam masa sama, terdapat juga busker yang turut menghiburkan para peniaga dan pengunjung.
Pasar Malam Tawau |
Dalam pada itu juga, terdapat pengawal keselamatan yang sentiasa siapsiaga mengawal keselamatan para pengunjung dan peniaga. Antara perkara yang ditekankan dalam SOP Pasar Malam Jalan Chester adalah penjarakkan antara gerai dan pelaksanaan "One Way Street". Selain itu, pengunjung hendaklah memakai pelitup muka dan mulut, mengimbas suhu dan scan mysejahtera sebelum memasuki premis. Kanak-kanak dan orang tua tidak dibenarkan masuk. Jangan lepaskan peluang terbaik berjalan - jalan di pasar malam Tawau.
0 Comments