Pelbagai Kegunaan Pokok Kelapa

Pelbagai Kegunaan Pokok Kelapa

Pokok kelapa merupakan salah satu tumbuhan yang mempunyai akar berserabut dan mudah tumbuh di kawasan tanah lembab yang mengandung kandungan air yang banyak. Pokok kelapa juga sangat istemewa setanding dengan tumbuhan lain. Lazimnya tumbuhan ini mempunyai pelbagai kegunaan, antaranya seperti berikut :


Pelbagai Kegunaan Pokok Kelapa




Batang Pokok Kelapa

Batang pokok kelapa mempunyai struktur yang mampat dan keras sesuai untuk dijadikan jambatan bagi menyeberangi sungai dan parit. Batang pokok kelapa yang panjang memberikan pilihan untuk memilih kualiti bahagian yang baik dan menentukan panjang titi yang hendak dibuat. Kekuatan batang kelapa sangat bagus dan sesuai serta mampu menampung kuantiti yang berat
 
Sabut Kelapa

Sabut buah kelapa didapati dari buah kelapa yang tua boleh dijadikan berus dan bahan api. Kini terdapat berus diperbuat dari sabut kelapa dan dijual di kedai-kedai runcit. Bagi masyarakat kampung sabut kelapa dijadikan bahan api untuk membakar ikan dan penggunaan sabut kelapa sangat mudah bagi menghasilkan bara api. Selain daripada itu, sabut kelapa juga d jadikan penyapu untuk menyapu sampah - sampah yang rumit di halaman rumah

Tempurung Kelapa

Tempurung kelapa boleh digunakan sebagai barang perhiasan seperti tempat gantung kunci, permainan kanak - kanak dan lain - lain lagi. Selain daripada itu, ia juga boleh di jadikan gelas atau cawan untuk kegunaan minuman

Daun Buah Kelapa

Daun buah kelapa sangat banyak kegunaanya seperti di jadikan ketupat, tempat alas kueh, dan juga barang - barang permainan seperti tiup - tiup. Daun buah kelapa juga boleh dibuat dinding atau atap rumah, ketahanannya yang mampan sangat memuaskan untuk di gunakan

Buah kelapa

Buah kelapa memang banyak khasiatnya kepada anggota badan manusia bila di makan. Air dan isinya yang sedap mampu memberi kepuasan yang mantap kepada yang meminatinya. Air kelapa juga merupakan salah satu sumber rawatan kepada pelbagai penyakit. 


Justeru daripada itu, pokok kelapa pada hari ini banyak ditanam dan di usahakan secara komersial dikalangan masyarakat di negara ini. Pendapatan yang lumayan mampu menjana pendapatan yang baik bukan sahaja kepada isi rumah, malahan menyumbang kepada ekonomi baik negara.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia