Tamu Mingguan Sabindo Tawau

Tamu Mingguan Sabindo Tawau

Tamu mingguan di Sabindo Tawau, merupakan salah satu tamu yang dibuka setiap hujung minggu kepada peniaga - peniaga di daerah berkenaan. Tamu yang beroperasi setengah hari mampu memberi peluang kepada peniaga - peniaga kecil dari kawasan sekitarnya untuk berdagang atau menjual hasil tanaman dari kebun.
Lazimnya, tamu ini di khususkan kepada masyarakat tempatan yang berdaftar di daerah berkenaan dengan tujuan membantu menjana pendapatan isirumah. Dalam masa sama, ia juga meningkatkan sosio ekonomi di daerah Tawau.

Tamu Mingguan Sabindo Tawau


Pelbagai aneka jualan di dagangkan, merangkumi makanan dan minuman, pakaian, bunga - bungaan dan yang lainnya. Harga barangan di jual pada harga yang berpatutan dan murah kerana ianya tidak melibatkan orang kedua atau ketiga. 
Justeru daripada itu, kewujudan tamu sabindo, Tawau sedikit sebanyak membatu masyarakat bukan sahaja kepada peningkatan ekonomi, malahan ia juga mengeratkan silaturrahim yang harmoni di kalangan pembeli dan penjual.

Terdahulu daripada itu, menurut utusanborneo Tawau, Pasar Minggu Takada yang berusia kira-kira 30 tahun kini secara rasminya ditutup dan dipindahkan ke Tamu Ahad Sabindo (TAS) berkuatkuasa Ahad.

Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Datuk Ir Amrullah Kamal optimis perubahan itu akan memberikan prospek yang lebih besar untuk kemakmuran ekonomi di daerah ini.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan