Terjemahan Surah Al-Fatihah

Terjemahan Surah Al-Fatihah

Surah Al - Fatihah merupakan salah satu surah yang tersenarai di dalam Al - Quran dan di letakkan di muka surat hadapan. Surah ini adalah pembuka kata atau mukadimah kepada surah - surah lain dan juga kepada apa juga aktiviti yang di lakukan atau di mohon dakam hidup seharian.

Justeru itu, berikut adalah surah Al - Fatihah serta terjemahannya untuk pengetahuan serta peningkatan ilmu bersama.


Bismillah hirroman nirrohim

  1. Dengan nama Allah SWT, yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
  2. Segala puji tertentu bagi Allah SWT, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.
  3. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
  4. Yang menguasai segala pemerintahan hari pembalasan (hari akhirat).
  5. Engkaulah sahaja (ya Allah SWT) yang kami sembah, dan kepada engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
  6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
  7. Iaitu jalan orang - orang yang engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang - orang yang engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang - prang yang sesat.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia