Air Pasang Besar Terjadi Di Tawau

Air Pasang Besar Terjadi Di Tawau

Tawau, fenomena air pasang besar di Daerah Tawau merupakan salah satu kejadian yang sering berlaku, apabila Daerah Tawau di naiki air laut.

Hal ini sering terjadi di hujung tahun setiap tahun, lingkungan bulan oktober, november dan disember.

Malam ini, tarikh 04 Disember 2021 seperti pada paparan gambar di bawah kelihatan bandar Daerah Tawau tahun ini di naiki air laut. Gambar yang tular di media applikasi whatsapp penduduk Tawau, dikongsikan untuk langkah pemakluman kepada saudara mara masing - masing.

Air Pasang Besar Terjadi
 Di Tawau


Air pasang besar di Daerah Tawau hanya melibatkan kawasan bandar tertentu sahaja, dan biasanya yang terjejas adalah di kawasan  lorong bangunan / kedai papan berhampiran pasar gantung di Daerah berkenaan.

Justeru ini, kelihatan operasi pasar malam yang mana peniaga - peniaga yang siap sedia membuka atau memasang knopi tergendala dan terpaksa mengambil langkah bersiap sedia sekiranya air pasang besar berterusan, atau tidak surut.

Semoga masyarakat di Daerah berkenaan, khususnya kawasan yang terlibat dan juga peniaga - peniaga sentiasa tabah dan dipermudahkan urusan serta rezeki.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan