Banjir yang berlaku serta air yang tercemar boleh mengundang kepada penyakit taun.
Gejala - gejala yang berlaku adalah cirit birit yang mana mudah berjangkit dan sangat berbahaya disebabkan oleh kuman vibrio cholerae.
Langkah pencegahan awal haruslah di ambil dengan bijaksana, antaranya;
- Minum air yang di masak
- Makan makanan yang di masaj
- Gunakan air yang bersih ketika mencuci buah - buahan dan sayur - sayuran
- Tutup semua makan
- Cuci tangan dengan sabun sebelum makan atau menyediakan makanan
- Bersihkan persekitaran rumah dan lupuskan sampah sarap dengan sempurna
- Pilih premis dan pengendali makanan yang bersih
- Guna tandas dengan sempurna
Banjir Risiko Kepada Penyakit Taun |
Dalam pada masa yang sama, dapatkan rawatan kesihatan (doktor) sekiranya keadaan kesihatan tidak memberansangkan atau bertambah teruk.
Marilah kita secara lebih bijaksana dengan sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan bersama agar suasana kehidupan serta persekitaran kita berada dalam keadaan bersih dan harmoni.
Dalam pada itu juga, panjatkan doa sentiasa pada Ilahi agar kita sentiasa dalam lindunganya.
0 Comments