Cara Berhenti Merokok

Cara Berhenti Merokok

Kenali rokok. Rokok adalah sejenis tembakau yang digulung atau dibalut dengan daun nipah atau pembalut mudah terbakar. Rokok mengandungi sejenis campuran yang boleh menyebabkan seseorang ketagih.

Penghisap rokok, adalah merujuk kepada seseorang yang menghisap dengan cara membakar hujung rokok dan menyedutnya hingga puas dan terus mengeluarkan kepulan asap.

Berhenti merokok adalah perbuatan yang bijaksana, namun ianya sangat sukar atau berat di lakukan oleh setiap penghisap rokok. Perokok adakalanya gusar, sasau jika tidak dapat menghisap rokok. Namun demikian tahukah anda bahawa rokok adalah membahayakan lepada kesihatan anggota badan. Merokok boleh meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.


Tindakan berhenti merokok haruslah di lakukan dari awal agar kesihatan anggota badan berada dalam keadaan seimbang. Kementerian Kesihatan Malaysia memperkenalkan 12 langkah atau cara berhenti merokok, antaranya;

  • Amalkan tindakan melengah - lengahkan
  • Setiap hari buat latihan menarik nafas panjang
  • Kerap kali meminum air suam
  • Menyembunyikan diri bagi mengalihkan diri daripada terfikir tentang rokok atau merokok
  • Menjauhkan diri daripada orang - orang yang merokok
  • Mengelakkan diri daripada suasana atau persekitaran merokok
  • Amalkan memgunyah sesuatu, seperti gula - gula
  • Sentiasa membasuh tangan
  • Mencucikan diri dengan kerap mandi
  • Senaman dengan meregangkan otot, tulang temulang
  • Meditasi
  • Tingkatkan amal ibadah dengan memohon doa pada Ilahi agar di jauhkan daripada perkara tidak sihat dan juga merokok



Cara Berhenti Merokok


Manfaat di perolehi apabila berhenti merokok, antaranya;
  • Mengelakkan diri daripada bahan - bahan berbahaya, Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  • Mencegah penyakit, Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
  • Kehidupan yang lebih sihat, Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selesema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
  • Menjimatkan wang, wang anda dapat di laburkan atau di simpan berbanding membeli rokok dengan harga (RM10.00 sehari, namun jika di laburkan nilai pelaburan =RM300.00 sebulan = RM 3600.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM36,000.00 dalam akaun simpanan anda).
  • Mampu menyumbang kepada melindungi alam sekitar. Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
  • Meningkatkan tahap kesuburan seseorang lelaki kepada lebih sihat
  • Anggota badan, pakaian yang di pakai tidak berbau rokok
Tindakan paling bijak dan berkesan untuk cara berhenti merokok adalah melalui diri sendiri, tanpa mengikut cara lain.
Erti kata lainya, tanamkan iltizam dalam diri untuk berhenti merokok. Dalam pada itu, jika di fikirkan kenapa ketika bulan puasa merokok boleh di rehatkan atau tidak merokok dalam bulan puasa. Oleh itu, jika bulan puasa boleh di lakukan, mengapa tidak di bulan - bulan atau hari yang lain. 
Kekuatan dan kemahuan adalah terletak pada diri masing - masing, namun jika di usahakan dengan jitu, pasti akan berjaya untuk berhenti merokok. Amalkan gaya hidup sihat.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian