Cara Pengurusan Kewangan Peribadi

Cara Pengurusan Kewangan Peribadi

Pengurusan kewangan adalah sangat penting bagi mengelakkan daripada keberhutangan atau terjerumus ke lembah kemiskinan tegar.

Lazimnya, terdapat banyak cara pengurusan kewangan peribadi dengan baik dan berkesan, namun tidak semua ianya dapat di laksanakan dengan mudah dan senang. 

Penelitian serta perancangan adalah sangat penting agar pendapatan mampu menampung kehidupan dengan mantap. Dalam pada itu juga starategi perlaksanaan adalah faktor penentu kepada kesan samaada negatif atau positif.


Cara Pengurusan Kewangan
Peribadi



Lanjutan daripada itu, cara pengurusan kewangan peribadi antaranya langkah berikut;

Langkah pertama.
Kenal pasti jumlah pendapatan sebulan berapa, adakah jumlah berkenaan mampu menampung belanja harian hingga ke hujung bulan atau pendapatan gaji seterusnya serta membayaran hutang piutang. 

Langkah kedua.
Senaraikan dan kenal pasti jenis perbelanjaan, sama ada perbelanjaan langsung atau tidak langsung, perbelanjaan tetap atau tidak tetap.

Langkah ketiga.
Tolakkan jumlah pendapatan dengan jumlah perbelanjaan, adakah hasilnya positif atau negatif. Jika positif, bermakna kewangan peribadi anda berada pada tahap stabil dan sempurna. 

Namun, jika negatif anda perlu melakukan sesuatu tindakan drastik, samaada mengurangkan jumlah perbelanjaan (yang tidal / langsung berkepentingan) atau menambahkan jumlah pendapatan dengan mencari sumber pendapatan pasif seperti bekerja sebagai pemandu kenderaan e-hiling (part-time), membuat perniagaan online, menjual burger secara separuh masa dan sebagainya.

Langkah keempat.
Hasil positif yang diperolehi boleh di tabungkan di institusi perbankan untuk keperluan dan persediaan di masa - masa yang akan datang. Tindakan menabung adalah sangat baik kerana selain penjimatan ia juga akan bertambah dari masa ke semasa, dan menambah kepada pendapatan bulanan dan tahunan.

Langkah kelima.
Berfikir dan melakukan sesuatu perkara dengan bijaksana. Jika tidak tahu, lakukan dengan  bertanya kepada yang tahu dan pakar, elakkan melakukan sesuatu perkara yang tidak diketahu / diragui telebih  dahulu sebelum membuat rujukan, ini kerana kebarangkalian musibah samaada positif / negatif  akan berlaku di kemudian hari tanpa di sedari. Oleh itu elakkan berfikir menggunakan hawa nafsu sehinggakan akal fikiran menjadi tengelam,  gunakanlah akal sebaiknya dengan lebih bijaksana. 

Dalam masa sama, perbanyakkan belajar dengan cara membaca, atau melalui media sosial lain, atau bertanya kepada yang tahu dan pakar serta sentiasa memohon doa agar dipermudahkan urusan kepada Ilahi. Gunakan kemampuan dan cara penilaian serta keputusan tersendiri dengan positif, tanpa mudah di perbodohkan atau dipermainkan atau dikongkong atau di tipu pihak lain

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan